Sunday 21 August 2011

ZAHID,ZUHUD,...(زهد)

TAMAK AKAN DUNIA






(زهد) ‘zuhud’ ialah mengarahkan keinginan kepada Allah SWT, menyatukan kemahuan kepadaNya dan sibuk denganNya berbanding kesibukan duniawi agar seseorang zahid (orang yang berperilaku zuhud) itu dipimpin oleh Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.


Zuhud dari sudut bahasa bererti berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana (seseorang) tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan ‘syaiun zahidun’ yang bermaksud ‘sesuatu yang rendah dan hina’.


Allah SWT berfirman: “Mereka menjual Yusuf dengan harga murah, beberapa dirham sahaja, sedang mereka itu orang yang zuhud (kurang suka) kepadanya." (QS Yusuf: 21)


Al-Junaid al-Baghdadi mengatakan: “Zuhud adalah ketika tangan tidak memiliki apa-apa pun dan pengosongan hati daripada cita-cita.” Di sini seorang sufi tidak memiliki sesuatu yang berharga melainkan Tuhan yang dirasakannya dekat dengan dirinya. Yahya ibn Mu’adh pula mengatakan bahawa zuhud adalah ‘meninggalkan apa yang mudah ditinggalkan’. Seorang sufi meninggalkan harta benda dan kemewahan duniawi untuk mencapai keredhaan Tuhan yang dicintai.


Menurut Imam al-Ghazali, hakikat zuhud adalah “meninggalkan sesuatu yang dikasihi dan berpaling daripadanya kepada sesuatu yang lain yang terlebih baik daripadanya kerana menginginkan sesuatu di dalam akhirat.” Manakala Ibn Taimiyah pula mengatakan bahawa zuhud itu bererti 'meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat untuk kepentingan akhirat'.


Sifat zuhud membangkitkan semangat spiritual yang tinggi. Ianya membawa zahid kepada sifat kehambaan yang sarat dengan kecintaan dan keredhaan Allah SWT. Maka, kebiasaannya seorang zahid akan menahan jiwanya daripada pelbagai bentuk kenikmatan dan kelazatan hidup duniawi, menahan daripada dorongan nafsu yang berlebihan agar memperoleh kebahagiaan yang abadi. Seorang zahid juga menepis apa sahaja yang menghalangnya untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Kecintaan kepada Tuhan mengalahkan segala alternatif yang mendorong kepada hubb al-shahwat (cinta untuk menuruti hawa nafsu).




Hasan al-Basri seorang tokoh sufi zaman awal Islam pernah mengatakan: “Jauhilah dunia ini kerana ia sebenarnya sama dengan ular; licin pada rasa tangan tetapi racunnya membunuh.” Pelbagai polemik telah terjadi dalam membincangkan kepentingan zuhud sehingga ada yang memandangnya sebagai hal yang bersifat ukhrawi sehingga ada yang menghadkan segala aktivitinya berhubung dengan akhirat semata-mata. Bahkan ada juga yang melihat zuhud sebagai kehidupan fakir dengan memakan makanan kasar (yakni tidak mementingkan kesihatan) atau memakai pakaian usang dan kasar.


Zuhud sebenarnya bukanlah mengharamkan yang halal atau sebaliknya, dan juga bukan membenci nikmat duniawi tetapi ia adalah perisai agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya. Ulama salaf seperti Sufyan at-Thauri, Imam Ahmad ibn Hanbal, ‘Isa ibn Yunus dan lain-lainnya menegaskan bahawa zuhud di dunia bererti ‘membataskan angan-angan dan keinginan’.


Perkataan zuhud sering disebut-sebut ketika kita mendengar nasihat dan seruan agar mengekang ketamakan terhadap dunia dan mengejar kenikmatannya yang fana dan pasti binasa, dan agar jangan melupakan kehidupan akhirat yang hakiki. Hal ini sebagaimana peringatan Allah SWT tentang kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya dan berbagai keindahan yang melalaikan.


Firman Allah SWT: “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS Al-Hadid: 20)


Ayat ini menunjukkan bahawa kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang menipu, palsu, dan sekadar permainan. Yang dimaksudkan ‘sekadar permainan’ adalah sesuatu yang tiada bermanfaat dan melalaikan. Ayat ini juga menunjukkan bahawa dunia adalah perhiasan, dan orang-orang yang mencintai dunia menjadikannya sebagai perhiasannya dan tempat untuk saling bermegah-megahan dengan kenikmatan yang ada padanya berupa anak-anak, harta-benda, kedudukan dan yang lainnya sehingga lalai dan lupa beramal untuk bekalan akhirat. Allah SWT juga menyerupakan kehancuran dunia dan kefanaannya yang begitu cepat dengan hujan yang turun ke permukaan bumi. Ia menumbuhkan tanaman yang menghijau lalu kemudian berubah menjadi layu, kering dan pada akhirnya mati. Demikianlah kenikmatan dunia, yang kelak pasti akan binasa.


Maka barangsiapa mengambil pelajaran dari permisalan yang disebutkan di atas, akan menyedari bahawa dunia ibarat ais yang semakin lama semakin mencair dan pada akhirnya akan hilang. Sedangkan segala apa yang ada di sisi Allah SWT adalah lebih kekal, dan akhirat itu lebih baik dan utama sebagaimana lebih indah dan kekalnya permata dibandingkan dengan ais. Apabila seseorang mengetahui dengan yakin akan perbezaan antara dunia dan akhirat serta dapat membandingkan antara keduanya, maka akan timbul tekad yang kuat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.


Dalam pandangan Ibn ‘Ata’illah, zuhud ada 2 macam. Pertama, Zuhud Zahir Jali seperti zuhud dari perbuatan berlebih-lebihan dalam perkara halal seperti makanan, pakaian, dan hal lain yang tergolong dalam perhiasan duniawi. Kedua, Zuhud Batin Khafi seperti zuhud dari segala bentuk kepemimpinan, kecintaan pada penampilan zahir, dan juga berbagai hal maknawi yang terkait dengan keduniaan.


Imam Hasan Al-Basri menyatakan bahawa zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi “zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah SWT daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.”


Di sini zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara yang semuanya berkaitan dengan perbuatan hati. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah SWT lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah SWT. Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya: “Berupa apakah hartamu?” Beliau menjawab: “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin kerana percaya kepada Allah SWT, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.” Kemudian beliau ditanya lagi: “Engkau tidak takut miskin?” Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Tuhanku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”


Apabila terkena musibah, baik itu kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul kerana keyakinannya yang sempurna kepada Allah SWT. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan. Hal itu akan mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran kerana khuatir dicela atau dijauhi (oleh manusia), atau boleh jadi dia melakukan kebatilan kerana mengharapkan pujian. Jadi, apabila seorang hamba telah menganggap bahawa kedudukan antara orang yang memuji atau yang mencelanya adalah sama, ianya menunjukkan bahawa kedudukan makhluk di hatinya adalah rendah, dan hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada kebenaran.




Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia (hanya) di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah SWT dan akhirat.


Zuhud bukan bererti meninggalkan dunia secara keseluruhan dan menjauhinya. Lihatlah Rasulullah SAW, teladan bagi orang-orang yang zuhud, Baginda mempunyai sembilan isteri. Demikian juga Nabi Daud AS dan Nabi Sulaiman AS, raja mempunyai kekuasaan yang besar sebagaimana yang disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Para sahabat, juga mempunyai isteri-isteri dan harta, malah ada di antara mereka yang kaya-raya. Semua ini tidaklah mengeluarkan mereka dari hakikat zuhud yang sebenarnya.


Imam Al-Ghazali memberikan tiga cara untuk melaksanakan zuhud: Pertama, memaksa diri untuk mengendalikan hawa nafsunya. Kedua, sukarela meninggalkan kecintaan terhadap dunia kerana dipandang kurang penting. Ketiga, tidak merasakan zuhud sebagai beban, kerana dunia dipandang tiada nilai bagi dirinya.


Ibrahim bin Adham pernah ditanya seorang lelaki: “Bagaimana cara engkau mencapai makam orang zuhud?” Ibrahim menjawab: ”Dengan tiga hal. Pertama, aku melihat kuburan itu sunyi dan menakutkan, sedang aku tidak menemui orang yang dapat mententeramkan hatiku di sana. Kedua, aku melihat perjalanan hidup menuju akhirat itu amat jauh, sedang aku tidak memiliki cukup bekal. Ketiga, aku melihat Tuhan Yang Maha Kuasa menetapkan satu keputusan atasku, sedang aku tidak mempunyai alasan untuk menolak keputusan itu.”


Hakikat zuhud adalah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diinginkan oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih makam yang tinggi di sisi Allah SWT.


Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani mengatakan bahawa terdapat rukun kezuhudan, iaitu meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi; meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat; dan meninggalkan segala sesuatu selain Allah SWT kerana mencintaiNya.


Ada satu kisah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Haritsah. Nabi SAW bertanya: "Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?" Dia menjawab: "Aku sungguh beriman, ya Rasulullah." "Apa buktinya?", tanya Nabi SAW. Dia menjawab: "Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus (berpuasa) dan di malam hari aku berjaga, dan rasa-rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis." Nabi SAW lalu bersabda: "Itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan Allah. Engkau telah tahu Haritsah, maka jangan lupa."


Imam Ahmad Ibnu Hanbal mengklasifikasikan tingkatan zuhud kepada tiga tingkatan, iaitu:


1. Zuhud orang biasa, iaitu meninggalkan hal-hal yang haram


2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus), iaitu meninggalkan hal yang berlebih-lebihan meskipun ianya halal.


3. Zuhud orang Arif, iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan seseorang dari mengingati Allah.


Imam Al-Ghazali pula membahagikan zuhud kepada tiga tingkatan iaitu:


1. Tingkat terendah adalah menjauhkan dunia agar terhindar dari hukuman di akhirat


2. Tingkat kedua adalah mereka yang menjauhi dunia kerana ingin mendapatkan imbalan di akhirat


3. Tingkat tertinggi adalah zuhud yang ditempuh bukan lagi kerana takut (khauf) atau harap (raja’), tapi semata-mata kerana cinta kepada Allah SWT.


Zuhud tingkat pertama adalah zuhud orang awam, zuhud tingkat kedua adalah zuhud para Salik yang soleh dan tingkat terakhir ini hanya dapat dimiliki oleh orang orang yang lebih khusus atau khawas al-khawas iaitu para Sufi yang telah mencapai tahap tertinggi dalam pengabdian kepada Allah SWT.


Antara sebab yang mendorong seseorang hidup zuhud ialah:


1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana kelak ia berdiri di hadapan Allah SWT pada hari kiamat dan diperlihatkan segala amalnya, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak ataupun yang tersembunyi. Hal itu akan memudarkan kecintaannya terhadap dunia dari hatinya, kemudian meninggalkannya dan akhirnya merasa cukup dengan kehidupan sederhana.


2. Merasakan bahawa dunia itu membuat hatinya terganggu dalam berhubungan dengan Allah SWT, dan menjadikannya merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, di mana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh, sebagaimana firman Allah SWT: “Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At-Takaatsur: 6) Perasaan seperti ini akan mendorong seorang hamba untuk hidup zuhud.


3. Kenikmatan dunia hanya akan dicapai dengan susah payah dan kerja keras, mengorbankan masa, tenaga dan fikiran, dan kadang-kadang terpaksa bergaul dengan orang-orang yang berperangai jahat dan buruk. Berbeza halnya jika menyibukkan diri dengan berbagai macam ibadah; jiwa menjadi tenteram dan hati merasa sejuk, menerima takdir Allah SWT dengan sabar, ditambah dengan balasan baik di akhirat. Dua hal di atas jelas berbeza dan tentunya ia akan memilih yang lebih baik dan kekal.


4. Merenungkan ayat-ayat Al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainan dan kesia-siaan. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat, sebagaimana dalam firmanNya: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (QS An-Naaziat: 37~39)


Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS Al-A’laa: 16-17)


Semua dalil-dalil, baik dari Al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW, mengingatkan seseorang yang beriman untuk tidak terlalu bergantung kepada dunia dan lebih mengharapkan akhirat yang lebih baik dan lebih kekal.


Makam zuhud tidak dapat dicapai jika dalam hati seseorang masih terdapat rasa cinta kepada dunia, dan hasad dengki kepada manusia yang diberi kenikmatan duniawi. Ibn ‘Ata’illah pernah berkata: “Cukuplah kebodohan bagimu jika engkau hasad (dengki) kepada mereka yang diberi kenikmatan dunia. Namun, jika hatimu sibuk dengan memikirkan kenikmatan dunia yang diberikan kepada mereka, maka engkau lebih bodoh daripada mereka. Kerana mereka hanya disibukkan dengan kenikmatan yang mereka dapatkan, sedangkan engkau disibukkan dengan apa yang tidak engkau dapatkan.”


Inti dari zuhud adalah keteguhan jiwa, iaitu tidak merasa bahagia dengan kenikmatan dunia yang dinikmati, dan tidak bersedih dan putus asa atas kenikmatan dunia yang hilang atau tidak dapat dicapai.


Wallahua’lam.

Friday 12 August 2011

ABU YAZED AL BUSTAMI




Paderi & Kunci Syurga  

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)

Saudara dan saudari sekalian!

Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...

Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau.

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah...inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.

Semoga Allah memberkati Peter The Fisherman!,sahabat Nabi Isa,yang memegang THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN.Salam ke atas Isa a.s,kami menunggu-nunggu dan merindui kedatangan anda sebagaimana kami merindui Rasullullah!!

PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK.MEREKA MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.

KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA.JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.

MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...


Kita tidak akan hilangkan kunci...
 
kita tidak akan hilangkan kunci...


-----------------------------

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda :


"Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga" (HR. Hakim)


Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.
Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

*
Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". 

(Al-Saff 61:6)


Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.
Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”
“Ya” jawab Isa.
Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.
Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata nabi Isa dengan suara agak halus.
Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa: “Sesungguhnya akan datang suatu umat, yaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”
“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata nabi Isa as.
Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain-lain rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar:
Sabda Rasullah s.a.w:
Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
(Ali Imran ayat 19)


semoga mendapat manfaat..

Monday 1 August 2011

DAJJAL

 kebenaran....ia pasti datang


                                                                   

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata,

“Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab.

‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya,

‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab,

‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”

(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi.

“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”

(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)

“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?

“Apakah tasik itu masih berair ?

‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”

Dia berkata,

“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”

(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.

Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”

o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”

Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”

Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Kisah dari Hikayat Tamim Ad-Dhari

"setelah itu maka Tamim ibn Habibul Dari pun masuklah ke dalam rumah itu.Maka dilihatnya seorang besar panjangnya sekira-kira sampai ke awan itu tingginyaButa matanya sebelah dan kenalah rantai pada tubuhnya dan kepada lehernya itu hingga sampai kepada kakinya,demikianlah halnya selama-lamanya.Maka dipanggilnya Tamim ibn Habibul Dari demikian katanya,"hai hamba ALLAH marilah kemari,aku menanti kedatangan engkau di sini." Seraya katanya,"orang manakah engkau ini,kaum apakah engkau ini ?"

Maka katanya Tamim ibn Habibul Dari kepadanya seraya ia berkata,"Aku ini orang arab dan madinah nama negeriku itu dan bangsaku daripada kaum ansari." "Maka datanglah ke sini,aku hendak bertanyakan khabar yg sah kepadamu." Maka kata Tamim itu," baiklah,tanyalah oleh mu." Maka Dajjal itu bertanya, "Adakah lagi brdiri agama islam itu selama-lamanya? "Maka katanya pula oleh Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang arab ,Muhammad itu adakah lagi di dunia ?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Akan Rasulullah s.a.w setelah sudah wafat."

Maka berkata Dajjal,"Hai orang arab,sekarang ini siapakah khalifah ,kemudian daripada Raulullah itu? " Maka jawab oleh Tamim itu, "Abu Bakar al-siddiq r.a menjadi khalifahnya. Demikian juga sedikit pun tiada berubah agama islam itu pada masa in,adanya Rasulullah s.a.w. "Maka di dengarnya kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu kepada Dajjal,ia pun menjadi kecillah tubuhnya lalu ia pun menangislah mendengar sebab kata Tamim yang demikian itu. Maka kata Dajjal kepada Tamim, "Hai orang arab adakah abu bakar itu lagi hidup di dalam dunia ini atau tiadakah? "Maka jawab oleh Tamim itu kepada Dajjal itu maka katanya, "Hai Dajjal adapun Amirulmukminin Abu Bakar al-siddiq r.a itu maka sudah kembalilah ke rahmatullah daripada negeri yg fana kepada negeri yg baka. "

Maka kata oleh Dajal kepada Tamim ibn Habibul Dari , "Hai orang arab,siapa pula lagi yang menggantikan Abu Bakar itu yang sudah wafat itu.Segala sekarang ini,siapalah yang menjadi khalifah yang di dalam negeri Madinah al-musyarfah itu ?" Maka jawab oleh Tamim kepada Dajjal itu, "Maka sekarang ini Amirulmukminin Sayyidina 'Umar ibn al-Khattab yang menjadi ganti daripada Abu Bakar itu. Terlampaulah kerasnya ia menjadi ganti menjalankan daripada hukum syara' daripada Rasulullah s.a.w. yang mendirikan agama islam itu pada masa ini."

Demi didengar oleh Dajjal katanya pada Tamim ibn Habibul Dari itu maka Dajjal pun gementarlah tulang dan tubuhnya,segala sendinya itu seraya menangis dengan tangis yang maha sangat,Maka kata Tamim ibn Habibul Dari, 'Hai orang yang dalam rantai,apalah mulanya tuan hamba menangis ini? " Maka jawab Dajjal itu,"sebabnya hamba punmenangis itu kerana hamba takut kepada Amirulmukminin 'Umar itu dan ialah yg membutakan mata hamba itu." Maka bertanya pula oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Hai orang yang di dalam kena rantai itu,siapa tuan hamba?" Maka jawab Dajjal itu, "Akulah Dajjal akhir zaman aku keluar."Maka kata Tamim ibn Habibul Dari , "Bila kalanya engkau keluar? "Maka jawab Dajjal, "Apabila engkau keluar melihat perempuan naik kuda itu,maka inilah alamatnya tanda aku akan dari dalam penjara ini." Maka kata pula Dajjal 'alaihi la'nat itu katanya, "Hai hamba ALLAH sepeninggalan Rasulullah s.a.w. sahabat Rasulullah itu adakah berkelahi sama sendirinya?" Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari itu,"Tiada ada sahabat Nabi ALLAH itu berkelahi. " Maka kata DAjjal, "Tiada berapa lagi nescaya keluarlah hamba daripada tempat ini."

Maka kata Tamim ibn Habibul Dari serta dilihat dahi Dajjal itu maka diludahkannya muka Dajjal itu katanya, "Diamlah engkau hai syaitan di dalam rantai belenggu itu serta mengucapkan kalimah 'la ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah'."Serta didengar oleh Dajjal kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu gemar segala tubuhnya seperti daun kayyu ditiup oleh angin yang keras itu.Demikianlah adanya dan kerdillah tubuhnya hingga hampir tiada kelihatan rupanya dan tubuhnya.Maka bertanya Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari,"Adakah umat MUhammad itu berbuat dosa yang besar-besar itu? " Maka jawab Tamim itu, "Dosa apa yg terlebih besar itu? "Maka kata Dajjal itu, "Adapun dosa terlebih amat besar tiu orang yang membunuh orang yang tiada sebenarnya dan berbuat zinah dan bidaah dan fitnah dan memakan riba ganda berganda dan mengambil arta anak yatim dan naik saksi dengan tiada sebenarnya dan meninggalkan sembahyang dan lagi tia mahu memberi zakat."

Maka dijawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, "Ada juga setengah orang yang ada berbuat yang demikian itu,"Maka demi di dengar oleh Dajjal itu akan kata Tamim itu demikian adanya maka tubuhnya besarlah rasanya,seraya katanya, "hampirlah masa aku akan keluar dari tempatku ini."Serta dengan sukanya dan berseru-serulah ia dengan nyaring suaranya dan besarlah tempik dan soraknya itu seperti akan terus tujuh petala bumi.Demikian besar suaranya kerana terlalu suka mendengar orang berbuat dosa itu demikian bunyinya dengan sebabnya.

Setelah terdengar suara Dajjal itu kepada malaikat sekaliannya,maka datanglah seorang malaikat membawa satu tongkat daripada besi bernyala-nyala itu.Setelah sampai kepada Dajjal itu maka di palunya akan Dajjal itu dengan tongkat itu.Maka Dajjal pun marasai palunya malaikat itu pun diamlah serta mengecil akan dirinya,maka lalu kembali seperti sediakalanya,di dalam pada itu WalLahu a'lam bissawab,,,,,,,,,,,,,,,