Hari itu Nasibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said tengah berehat di bilik tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nasibah menduga, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.
Dengan bergegas, Nasibah meninggalkan apa yang tengah dikerjakannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nasibah berkata, “Aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barang kali orang-orang kafir telah menyerang.”
Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Segera ia bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nasibah menghampiri. Ia menghulurkan sebilah pedang kepada Said.
“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang….”
Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya seperti itu, tidak pernah ada keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Said terus terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah SAW melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu makin mengobarkan keberanian Said saja. Di rumah, Nasibah duduk dengan gelisah. Kedua anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.
“Ibu, salam dari Rasulullah SAW,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”
Nasibah tertunduk sebentar, “Inna lillah…..” ucapnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya ALLAH.”
Setelah pemberi khabar itu meninggalkan tempat itu, Nasibah memanggil Amar. Ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “Apakah anakku gugur?”
Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”
“Inna lillah….” Nasibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?”
Nasibah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan ku berikan kepada perjuangan? Saad masih kanak-kanak.”
Mendengar itu, Saad yang tengah berada di sebelah ibunya, mencelah, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”
Nasibah terperanjat. Ia memandangi puteranya. “Kau tidak takut, nak?”
Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya.
Ketika Nasibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan itu.
Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghabiskan banyak nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, iaitu ketika sebilah anak panah menusuk di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyeru, “ALLAHHU AKBAR!”
Kembali Rasulullah SAW menghantar utusan ke rumah Nasibah. Mendengar berita kematian itu, Nasibah meremang bulu romanya. “Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tinggal diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Sang utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan....
Nasibah tersinggung, “Engkau meremehkan aku kerana aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk syurga melalui jihad?”
Nasibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Nasibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, Rasulullah SAW mendengarkan semua perkataan Nasibah.
Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum. “Nasibah yang dimuliakan ALLAH. Belum waktunya perempuan mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentera yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”
Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nasibah pun segera membawa beg ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang luka-luka dengan cermat. Pada suatu masa, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang parajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba terpercik darah di rambutnya. Ia menegok. Kepala seorang tentera Islam jatuh dipancung senjata orang kafir.
Timbul kemarahan Nasibah menyaksikan kekejaman ini. Apalagi waktu dilihatnya Nabi terjatuh dari kudanya akibat keningnya terkena anak panah musuh, Nasibah tidak boleh menahan diri lagi.
Ia bangun dengan gagah berani. Diambilnya pedang perajurit yang rebah itu. Dinaiki kudanya.
Lantas bagai singa betina, ia mengamuk. Musuh banyak yang mengelak menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang. Hingga pada suatu waktu seorang kafir mengendap dari belakang, dan memancung putus lengan kirinya. Ia terjatuh terinjak-injak kuda.
Peperangan terus saja berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga Nasibah terbaring sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada pejuang yang boleh ditolongnya.
Sahabat itu, begitu melihat sekujur tubuh bergerak-gerak dengan payah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya
“Isteri Said kah engkau?”
Nasibah samar-samar memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya,
“Bagaimana dengan Rasulullah? Selamatkah beliau?”
“Beliau tidak kurang suatu apapun…”
“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan? Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih luka parah, Nasibah….”
“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nasibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dihadapinya. Namun, kerana tangannya sudah kudung, akhirnya lehernya dipancung putus. Rebahlah perempuan itu ke atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.
Tiba-tiba langit berubah hitam mendung. Padahal tadinya cerah terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak. Rasulullah kemudian berkata kepada para sahabatnya,
“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan? Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan arwah Nasibah, wanita yang perkasa.".
Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah yang agung ini utk meneladaninya. Jadikanlah hati kami seperti hati para sahabat!!!
Al Faqir Hamba
No comments:
Post a Comment