Sunday 29 July 2012

KAROMAH DIZAMAN INI..

KARAMAH & BUKTI KEBENARAN SYEIKH-SYEIKH NAQSHABANDI HAQQANI

Inilah foto-foto Guru-guru Mursyid dan Maulana Syeikh Nazim Haqqani di dalam  kitab "Classical Islam Naqshbandi Guidebook" yang tidak hangus terbakar, walau pun api marak menghanguskan seluruh rumah rumah saudara dari salah seorang murid Maulana Syeikh Nazim di Jakarta, Indonesia dan api telah membakar buku tersebut, namun api hanya membakar bahagian tepinya sahaja. Foto dan gambar para mursyid Naqshabandi dan Maulana Syeikh Nazim Al Haqqani serta Syeikh Hisham Kabbani tetap utuh.
 RUMAH YANG MARAK TERBAKAR

 BERMULANYA KEBAKARAN

GAMBAR-GAMBAR MURSYID TAREQAT NAQSHABANDI HAQQANI YANG DIPELIHARA ALLAH SWT DARI DIBAKAR API





TANDATANGAN SYEIKH HISHAM KABBANI, TIMBALAN SYEIKH TAREQAT NAQSHABANDI HAQQANI YANG TURUT TIDAK TERBAKAR

GAMBAR MAULANA SYEIKH NAZIM, SULTANUL AULIA' YANG TIDAK MAMPU DIMAKAN API.

MEJA DI MANA TERLETAKNYA KITAB CLASSICAL ISLAM NAQSHBANDI GUIDEBOOK TERSEBUT YANG HANGUS TERBAKAR

KEADAAN RUMAH YANG HANGUS DIJILAT API SEHINGGA SEMUANYA MENJADI ABU & ARANG

 SUDUT BILIK DI MANA KITAB TERSEBUT DISIMPAN

MAHA SUCI ALLAH YANG MENUNJUKKAN KEBENARAN AJARAN TAREQAT NAQSHABANDI HAQQANI, PIMPINAN MAULANA SYEIKH NAZIM, SULTANUL AULIA'...



Friday 20 July 2012

ILMU..

Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, tidak kira apa kaum atau bangsa, suka kepada ilmu. Justeru itulah setiap orang berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu di dalam berbagai-bagai bidang. Pada umat Islam pula ia didorong lagi oleh ajaran agamanya. Sebagaimana firman ALLAH:

Maksudnya: “... supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat.” (Al Mujadalah: 11)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslimin dan muslimat.”

Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang abid seperti kelebihanku atas orang yang terendah dari umatku.” (Riwayat At Tarmizi)

Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orang yang abid ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.” (Riwayat Abu Daud)



Dalam Islam, menuntut ilmu itu adalah wajib, ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Manusia suka menuntut ilmu itu kerana memandangkan peranan ilmu itu di dalam kehidupan sangat memberi faedah-faedah dan memberi kesan, antaranya:

-Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupan yang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulah ilmu untuk berhadapan dengannya.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang ekonomi
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang pembangunan.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang perhubungan.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam bidang ketenteraan dan persenjataan.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju di dalam berbagai-bagai bidang yang lain.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh memberi makan otak dan jiwa.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh menjadi kawan di waktu ketika apa dan suasana apa sekalipun.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh membawa kehidupan yang mudah dan senang.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa boleh menguasai orang atau kaum dan bangsa-bangsa yang bodoh.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia dihormati dan disegani orang.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah membuat kerja yang susah dan mencabar.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah mendapat kejayaan dunia dan Akhirat.
-Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa dia memimpin orang yang bodoh.
-Dengan ilmu pengetahuan jarang orang menjadi miskin.
-Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat harta dan kekayaan.
-Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat kuasa.

Walaupun telah menjadi fitrah manusia suka dengan ilmu pengetahuan dan berusaha mencarinya, namun tidak semua orang dapat memiliki ilmu yang banyak dan tinggi. Di antara sebabnya adalah seperti berikut:

-Kerana seseorang itu ALLAH Taala telah takdirkan lemah akal fikirannya. Dengan sebab itu dia tidak mampu menimba ilmu yang banyak.
-Mungkin seseorang itu tidak dapat peluang belajar dengan cukup kerana kemiskinan dan kesusahan hidup.
-Kerana tidak ada peluang-peluang kemudahan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi seperti tempat belajar jauh.
-Kerana ditakdirkan oleh ALLAH Taala selalu sakit atau kecacatan anggota maka tidak membolehkan cergas menuntut ilmu.
-Kerana seseorang itu cepat berkahwin maka terhalanglah untuk mendapat ilmu yang banyak.
-Kerana seseorang itu atau sesuatu kaum atau bangsa itu tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan atau malas menuntut ilmu.

Di antara sumber-sumber ilmu ialah:

-Melalui belajar dan membaca, membuat kajian.
-Melalui pengalaman.
-Bagi rasul atau nabi melalui wahyu.
-Bagi orang yang bertaqwa, melalui ilham.

Orang yang menuntut dan mencari ilmu ada beberapa golongan pula. Di antaranya seperti disenaraikan di bawah:

-Menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Inilah golongan orang yang mencari ilmu kerana ilmu semata-mata atau golongan mabuk ilmu.
-Orang  yang mencari ilmu kerana inginkan kekayaan dan harta dunia. Dengan ilmu yang banyak dan tinggi, boleh menjawat jawatan yang tinggi dan dapat gaji besar. Dengan ilmu juga ada orang boleh pandai berniaga. Dengan berniaga, boleh mendapat kekayaan dan harta. Inilah golongan menggunakan ilmu untuk mendapat kekayaan.
-Ada orang mencari ilmu kerana ingin menjadi pemimpin. Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti ada ilmu. Kalau tidak, sudah tentu tidak boleh memimpin orang. Atas sebab ini, ada golongan memburu ilmu. Inilah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
-Ada setengah golongan pula bersungguh-sungguh mencari ilmu kerana ingin nama dan glamour. Agar  orang menganggap dia golongan intelek. Moga-moga dia dihormati orang dan moga-moga nama masyhur. Inilah golongan ahli ilmu yang inginkan nama.
-Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kebodohan dan kejahilan. Agar jangan orang memandang hina. Jahil itu dipandang tidak baik. Maka mereka pun belajarlah ilmu pengetahuan hingga menjadi orang yang pandai. Inilah golongan ahli ilmu yang mendapatkan ilmu agar tidak terhina.
-Ada orang menuntut dan mencari ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsanya mundur dan terhina. Inilah golongan ahli ilmu yang berfahaman nasionalisme.
-Orang yang menuntut ilmu kerana perintah ALLAH Taala. Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada ALLAH Taala. Moga-moga dengan itu mendapat keredhaan ALLAH Taala dan terselamat daripada kehinaan di dunia dan di Akhirat. Golongan ini  menggunakan ilmu untuk membangunkan ekonomi, ketenteraan, pertanian, bangunan, sekolah, pejabat, jalan raya dan lain-lain lagi. Ia adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Tuhan dan mendaulatkan hukum-hukum Tuhan. Justeru itu, di dalam membangun melalui ilmunya, mereka sangat menjaga syariat, terlalu menjaga halal dan haram, tidak lari daripada disiplin Islam hingga seluruh usaha dan kemajuan yang dibangunkan menjadi ibadah, menjadi amal soleh, dianggap jihad fisabilillah dan diberi pahala yang besar oleh ALLAH Taala yang Maha Pemurah. Inilah golongan ahli ilmu yang bertaqwa. Kita umat Islam, dalam menuntut dan mencari ilmu biarlah menjadi golongan yang ketujuh itu, iaitu mencari ilmu kerana ALLAH Taala. Kalau bukan kerana ALLAH Taala, termasuk orang yang rugi. Kalaupun mendapat untung di dunia, namun rugi di Akhirat kerana masuk Neraka. Wal‘iyazubillah



Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan maksud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk mujadalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambil perhatian manusia, ia akan masuk Neraka.”


Sabda baginda lagi:
Maksudnya: “Barang siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauh dari ALLAH.”..

SALAM RAMADHAN 1433h BUAT UMAT ISLAM SEDUNIA DAN BUAT PEMBACA BLOG AMBE SEMOGA MENDAPAT REDHO ALLAH...

Saturday 14 July 2012

KEAGUNGAN SOLAT..



Dalam Islam, solat atau sembahyang adalah amalan yang paling besar dan agung selepas iman. Tiada amalan yang lebih besar selepas iman yang boleh menandingi sembahyang.Kerana itulah di dalam Islam sembahyang adalah menjadi tiang agama Islam. Tapaknya atau foundationnya adalah iman.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Pangkal segala hal ialah Islam. Sedang tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan ALLAH. (Riwayat Tarmizi)


Kebesaran dan keagungan sembahyang itu boleh dilihat dan dirasakan melalui ilmu pengetahuan berdasarkan beberapa aspek seperti di bawah ini:
1.Ia merupakan ibu segala ibadah dalam Islam.
2.Ia adalah merupakan tiang seri agama Islam.
3.Ia diperintah oleh ALLAH Taala dengan cara ALLAH Taala memanggil Rasulullah SAW 
mengadap-Nya waktu Israk dan Mikraj, tidak seperti amalan-amalan yang lain hanya diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril a.s.

4.Siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir berdasarkan Hadis. Sabda Rasulullah SAW:Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-terangan. (Riwayat Ahmad)
5.Sembahyang, seluruh anggota terlibat. Perbuatan (fizikal),perkataan atau bacaan (lisan) dan hati atau roh serta akal kerana memahami.
6.Mengerjakannya disyaratkan suci lahir dan batin, daripada hadas besar dan hadas kecil, najis ain dan najis hukmi.
7.Kena mengadap kiblat. Ertinya merupakan lambang perpaduan umat Islam.
8.Terikat dengan waktu.
9.Digalakkan berjemaah.
10.Berbagai-bagai amalan malaikat ada di dalam sembahyang,kerana malaikat itu ibadahnya hanya satu-satu perkara sahaja. Seperti ada yang bertasbih sahaja sejak diperintahkan hinggalah hari Qiamat, yang bertakbir sahaja, yang bertahmid sahaja, ada yang rukuk sahaja, ada yang berdiri sahaja,ada yang sujud sahaja, begitulah seterusnya.
11.Berbagai-bagai bentuk zikir ada di dalam sembahyang.Ada berdiri, ada rukuk, ada sujud, ada duduk di antara dua sujud, ada tasbih, ada tahmid, ada takbir, ada munajat,ada berbagai-bagai bentuk doa, ada zikir, ada selawat,ada fizikal, ada akal, ada rohani, ada material, ada maknawi.
12.Ia merupakan ibadah yang terikat dengan disiplin yang tertentu, cara-cara yang tertentu.
13.Amalan sembahyang itu adalah merupakan intipati dan intisari ajaran Islam. Di dalamnya ada akidah, ada ibadah,ada taharah, ada masyarakat, ada perpaduan, ada disiplin,ada pemimpin, ada yang dipimpin (politik), ada pendidikan, ada syariat, ada tasawuf, ada akhlak, ada kebudayaan, ada ekonomi dan ada psikologi. 
14.Ertinya sembahyang menggambarkan keseluruhan ajaran Islam secara ijmali.
15.Ia merupakan cara peribadahan atau penyembahan yang paling lengkap kerana segala bentuk ibadah dan zikir para malaikat wujud dalam sembahyang.
16.Ia merupakan zikir yang paling besar kerana seluruh bentuk zikir ada di dalam sembahyang.
17.Ia merupakan peribadahan yang melibatkan semua anggota lahir dan batin. Ada yang bersifat fizikal dan ada yang bersifat maknawi atau rohani.
18.Di dalam sembahyang ada seluruh bentuk doa. Ertinya berbagai-bagai permintaan ada di dalam sembahyang.
19.Berbagai-bagai amalan para rasul wujud di dalam sembahyang.
20.Sembahyang merupakan mikraj orang mukmin.
21.Pada sembahyang ada latihan jasmani, ada latihan mental dan ada latihan rohani.
22.Sembahyang ada simbol-simbol merendah diri, ketaatan, kepatuhan dan simbol berdirinya manusia di Padang Mahsyar seolah-olah berhadapan dengan Tuhan menunggu perintahNya.
23.Sembahyang merupakan pembaharuan ikrar manusia kepada Tuhan, sehari semalam lima kali.
24.Sembahyang merupakan pembaharuan syahadah dan iman dengan Tuhan.Sembahyang merupakan pembersihan jiwa dan dosa....

                                         

Sunday 1 July 2012

HIDUP YANG HAIKIKI..





Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan peraturan ALLAH untuk panduan hidup manusia. Langit, bumi dan segala isinya adalah kepunyaan ALLAH. Maka ALLAH jugalah yang berhak membuat peraturan-peraturannya. ALLAH sediakan peraturan itu untuk manusia menggunakan dan menjalankannya. Manusia wajib mengikuti peraturan ALLAH itu. Mereka tidak dapat mengikuti akal sendiri. Jika tidak ada hancurlah dunia ini, firman ALLAH :

"Lahirlah kerusakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia"
[Q.S. Ar Rum : 41]


Kita sebagai orang Islam yang mengharapkan keredhaan ALLAH harus bercita-cita untuk hidup secara Islam dengan sebaik-baiknya. Untuk itu kita harus faham dan mengetahui bagaimana hendak hidup secara Islam menurut Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.


Jika ada manusia yang tidak mau terima peraturan dari ALLAH untuk mengatur hidupnya, rumah tangga, masyarakat, negara hingga alam yang lebih luas, hukuman ALLAH sangat berat. Firman Allah :

"Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari ALLAH maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang kafir"
[Q.S. Al Maidah : 44]


"Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang zalim"
[Q.S. Al Maidah : 45]

"Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari ALLAH maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang fasiq"
[Q.S. Al Maidah : 46]


Jadi orang yang tidak mahu mengikuti peraturan dan perintah ALLAH, dapat dijatuhi hukum kafir, zalim atau fasiq.

Mengatur Hidup Menurut Syariat...

Supaya manusia berjaya mengatur hidup secara yang dikehendaki oleh Al Qur'an dan Sunnah atau ajaran Islam, harus menempuh empat perkara :

Syariat


Tareqat


Hakikat


Makrifat

1. Syariat

Ialah peraturan-peraturan lahir dan batin atau hukum dari ALLAH yang telah ditetapkan olehNya di dalam Al Qur'an dan dijelaskan lagi oleh hadis Rasulullah SAW.
Hukum Syariat

Terdiri dari lima hukum, yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah. Lima hukum ini menyuluh hidup kita dari diri, keluarga, masyarakat, negara, hingga alam sejagat.

" WAJIB: Satu perkara dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya harus dibuat.


" SUNAT : Dibuat dapat pahala, ditinggalkan tidak berdosa, kedudukannya sebaiknya dibuat


" HARAM : Dibuat berdosa, ditinggalkan karena ALLAH dapat pahala, kedudukannya harus ditinggalkan


" MAKRUH : Dibuat tidak berdosa, ditinggalkan karena ALLAH dapat pahala, kedudukannya sebaiknya ditinggalkan


" MUBAH/JAIZ : Dibuat atau ditinggalkan tidak dapat pahala dan tidak juga berdosa, kedudukannya dapat pilih mau dibuat atau ditinggalkan.

Setiap yang kita lakukan, walau sekecil apapun tidak terlepas dari lima hukum tersebut. Contohnya dalam berpakaian :

Wajib berpakaian untuk menutup aurat. Menutup seluruh tubuh bagi wanita dan sekurang-kurangnya dari pusat sampai lutut bagi lelaki.
Sunat berpakaian mengikuti sunnah Rasulullah SAW seperti memakai kopiah, serban, jubah, dan lain-lain.
Haram berpakaian yang membuka aurat bagi lelaki dan wanita. Haram memakai pakaian dari sutera bagi lelaki.
Makruh berpakaian yang panjangnya melampaui batas bagi lelaki.
Mubah berpakaian apa saja baik yang murah atau yang mahal.

Seluruh perintah ALLAH baik yang wajib atau sunat, diibaratkan seperti satu badan. Maka perumpamaan orang yang hanya buat hal yang sunat saja tetapi tidak melakukan yang wajib, badannya mati tapi tidak berfungsi. Bagi orang yang hanya buat yang wajib tapi tidak buat yang sunat, badannya hidup tapi tidak indah dan cantik.

" Syariat Allah yang mengandung lima hukum itu, kalau menyuluh soal-soal keyakinan dan aqidah, disebut persoalan usuluddin (tauhid)
" Bila menyuluh soal lahiriah, hal-hal lahir seperti berpakaian, mengatur rumah tangga dan sebagainya dikatakan persoalan fiqih
" Syariat itu kalau menyuluh soal-soal hati, nafsu, batin atau rohani disebut tasawuf

Tauhid, fiqih dan tasawuf tidak dapat dipisahkan, ketiganya harus dipelajari, difahami dan diamalkan, misalnya dalam solat, ketiganya harus dibawa bersama.
Fiqihnya : Berdiri, rukuk, sujud dalam setiap bacaan dan perbuatan dalam solat
Tauhidnya : Yakin dengan ALLAH Yang Maha Melihat
Tasawufnya : Khusyuk, faham setiap bacaan dan rasa tadharuk dengan Allah.

Ketiganya tidak dapat dipisahkan, Imam Malik r.a berkata :

"Barang siapa yang semata-mata berfiqih tetapi tidak bertasawuf, dia akan jatuh fasiq. Barang siapa yang bertasawuf tetapi tidak berfiqih, dia akan jatuh zindiq (kafir)".


2. Tareqat

Tariqat artinya jalan. Tariqat terbagi dua :

-Tariqat wajib yaitu syariat yang berbentuk ilmiah yang diamalkan sungguh-sungguh. Contohnya : bertariqat dalam shalat, kita belajar ilmu tentang shalat, ketika sampai masanya kita pun melaksanakan shalat.

-Tariqat sunat. Seperti tariqat Ahmadiah, Satariah, Qadariah, Naqsabandiyah, Muhammadiyah dan lain-lain, yaitu kita mengamalkan disiplin wirid-wirid, selawat-selawat tertentu yang disusun oleh ulama-ulama terdahulu.

Tariqat wajib, memang wajib ke atas setiap orang mengamalkannya. Tariqat sunat banyak diamalkan oleh orang yang bercita-cita mendidik diri dan oleh ulama-ulama yang haq.

Kita patut juga mengamalkan tariqat sunat untuk memudahkan jalan kita menuju Allah. Orang yang mengamalkan tariqat sunat ini akan dibantu dalam bermujahadah melawan nafsu dan mendidik hati ke arah taqwa. Perlu diingat dalam kita mengamalkan tariqat sunat, kita tidak dapat meninggalkan tariqat wajib, kerana tiada nilai amalan sunat tanpa mengerjakan amalan wajib.

3. Hakikat

Setelah seseorang itu bersyariat dan bertariqat sungguh-sungguh dia akan dapat rasa Hakikat, iaitu rasa yang ALLAH jatuhkan ke hati hambaNya yang Dia pilih dan kehendaki. Orang ini tidak lagi memiliki sifat mazmumah, sifat-sifat terpuji menghiasi dirinya, seperti rasa syukur, redha, zuhud, tawakal, pemurah, dan lain-lain. Jiwanya tidak terpengaruh dengan perubahan suasana. Allah letakkan dalam hatinya rasa tenang dan damai. Firman Allah :

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan tenang"
[Q.S. Ar Rad : 28]



Orang berzikir yang mendapat ketenangan itu mulutnya menyebut Allah, hati merasakan kebesaran Allah dan perbuatannya melaksanakan perintah Allah. Soal hakikat atau buah ibadah tidak dapat dipelajari. Siapa yang dapat, dia akan merasakannya. Orang yang telah mendapat hakikat, dikatakan orang yang benar-benar kenal Allah.

4. Makrifat

Orang yang telah sampai ke tingkat makrifat dikatakan orang-orang yang Al 'Arifbillah atau golongan 'Arifin. Mereka ini kenal Allah dengan mata hati dan mereka telah mencapai taraf bertaqwa. Mereka benar-benar dapat melaksanakan perintah ALLAHdan meninggalkan larangan ALLAH yang haram dan makruh.

Kalau ada orang yang melaksanakan syariat sungguh-sungguh, faham sungguh-sungguh kelima hukum tetapi tidak tenang, tidak redha, tidak sabar dan lain-lain haruslah periksa diri, muhasabah diri kembali. Kalau bukan kesalahan di bidang Tauhid, mungkin salah di bidang fiqih atau di bidang tasawuf.

Kesimpulannya ajaran Islam bukanlah bentuk percakapan saja, tapi perlu diamalkan lahir dan batin agar menjadi hamba ALLAH yang soleh atau disebut Al 'Arifbillah yang akan mendapat kemenangan di dunia dan Akhirat....