Kehidupan insan mempunyai dua unsur zohiriah dan bathiniah atau bahasa yang mudah yakni maknawiah yaitu sesuatu perasaan yang mempunyai tunjang kekuatan setiap insan..
hal keadaan zohiriah lebih mudah dan senang sekali untuk melihatnya cukup hanya melihat mengunakan pancaindera kelima serta boleh dipegang dan sangang boleh disentuh dan mudah sekali dikenali penyakit-penyakitnya bila seseorang itu sakit atau menderita dengan pelbagai penyakit zohir memadai tobib atau doktor untuk merawat dan mengubatinya..badan zohir juga perlu terhadap makanan,minum,kerehatan,hubungan seks,serta keseronokan duniawi yang lain bekerja dan berusaha untuk menampung kelansungan hidup..
jika badan zohir perlu akan benda serta tuntunan hawa nya begitulah juga halnya bathiniah juga perlukan makanan serta minuman bagi meneruskan dan menikmati kebahagian hidup didunia yang fana dan mencabar ini..
Perbezaannya cuma yang zohir boleh dilihat disentuh maka makanan bathin tidak boleh dilihat sentuh..
bahkan jika sesorang pesakit Bathiniah/Rohani menemukan Doktor atau tobib untuk mengobati sakitnya maka para perawat itu tidak mampu mengubati penyakit-penyakit yang menimpa seseorang itu maka pesakit perlu akan tobib dan doktor ROHANI untuk melegakan kesakitan yang dialami..
Begitulah keadilan disetiap penciptaannya Tuhan kepada kita maka didatangkan RASUL dan Para NABI Untuk menyelesaikan permasaalahan umat sejagat..termasukalah pengobatan penyakit-penyakit JASMANI/ROHANI manusia..manusia amat memerlukan makanan zohir serta bathin ini untuk kelansungan hidup serta panduan sebelum dijemput Tuhan mengadapnya kelak..makanan Rohani berupa kata nasehat yang bersumberkan wahyu yang diwahyukan melaui lidah kekasihNYA serta para pencintaNYA sehingga kesaat ini ..makanan Rohaniahlah yang bisa membuatkan seseorang hamba itu menikmati kebahagian yang hakiki serta boleh menyegarkan dan menhidupkan Hati yang mati kaku seperti Air terjun yang sejuk dan menyegarkan..
Seluruh para Rasul dan Nabi amat tahu tentang penyakit umatnya maka diterangkan mengikut kefahaman kaumnya zaman berzaman sehingga Rasul bongsu kita Saidina Muhammad saw..bilamana wafatnya baginda maka tugasnya telah selesai dan sempurnalah tujuan pengutusannya kealam ini untuk menyampaikan wahyu ILAHI ROBBI keserata alam..tugasnya disambung oleh mereka mereka yang mengikuti serta mencintai orang yang mencintai sehingga kini..
Al-Faqir Hamba
Friday, 13 September 2013
Wednesday, 11 September 2013
PESAN...
Seringkali kita terlupa dan terlalai..tetapi sering juga kita melatah membuat persoalan sendiri dan bertanya diri kenapa begitu dan kenapa begini perasaan tidak berpuas hati akan TAQDIR sering berlegar dalam diri samada sedar atau dalam lupa diri rasa ingin memprotes sering ada difikiran lantas pasrah dalam keletihan.
kita harus sadari cuba belajar dan fahami akan hal peraturan sunnahtullah kepada kita, alangkah indahnya bila ada kehadiran perasaan perasaan itu menyatakan serta mengigati diri semua yang ditaqdirkan adalah ANUGERAH dan KEHENDAK dari AL HAQ.
Al Faqir Hamba
kita harus sadari cuba belajar dan fahami akan hal peraturan sunnahtullah kepada kita, alangkah indahnya bila ada kehadiran perasaan perasaan itu menyatakan serta mengigati diri semua yang ditaqdirkan adalah ANUGERAH dan KEHENDAK dari AL HAQ.
Al Faqir Hamba
Sunday, 8 September 2013
PELITA KEHIDUPAN
Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan dimalam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri..
Demikian hidup manusia
Selama hidup didunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan disana sini...
Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti..
Disana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat Alasan
Buruk dan Baik akan ditimbag
Kedua dua dapat balasan..
Subscribe to:
Posts (Atom)