Friday 13 September 2013

MAKANAN INSANI...

Kehidupan  insan mempunyai dua unsur zohiriah dan bathiniah atau bahasa yang mudah yakni maknawiah yaitu sesuatu perasaan yang mempunyai tunjang kekuatan setiap insan..
hal keadaan zohiriah lebih mudah dan senang sekali untuk melihatnya cukup hanya melihat mengunakan pancaindera kelima serta boleh dipegang dan sangang boleh disentuh dan mudah sekali dikenali penyakit-penyakitnya bila seseorang itu sakit atau menderita dengan pelbagai penyakit zohir memadai tobib atau doktor untuk merawat dan mengubatinya..badan zohir juga perlu terhadap makanan,minum,kerehatan,hubungan seks,serta keseronokan duniawi yang lain bekerja dan berusaha untuk menampung kelansungan hidup..

jika badan zohir perlu akan benda serta tuntunan hawa nya  begitulah juga halnya  bathiniah juga perlukan makanan serta minuman bagi meneruskan dan menikmati kebahagian hidup didunia yang fana dan mencabar ini..
Perbezaannya cuma yang zohir boleh dilihat disentuh maka makanan bathin tidak boleh dilihat sentuh..
 bahkan jika sesorang pesakit Bathiniah/Rohani menemukan Doktor atau tobib  untuk mengobati  sakitnya  maka para perawat itu tidak mampu mengubati penyakit-penyakit yang menimpa seseorang itu maka pesakit perlu akan tobib dan doktor ROHANI untuk melegakan kesakitan yang dialami..

Begitulah keadilan disetiap penciptaannya Tuhan kepada kita  maka didatangkan RASUL dan Para NABI Untuk  menyelesaikan permasaalahan umat sejagat..termasukalah pengobatan penyakit-penyakit  JASMANI/ROHANI  manusia..manusia amat memerlukan makanan zohir serta bathin ini untuk kelansungan hidup serta panduan sebelum dijemput Tuhan mengadapnya kelak..makanan Rohani berupa kata nasehat yang bersumberkan wahyu yang diwahyukan melaui lidah kekasihNYA serta para pencintaNYA sehingga kesaat ini ..makanan Rohaniahlah yang bisa membuatkan seseorang hamba itu menikmati kebahagian yang hakiki serta boleh menyegarkan dan menhidupkan Hati yang mati kaku seperti Air terjun yang sejuk dan menyegarkan..

Seluruh para Rasul dan Nabi amat tahu tentang penyakit umatnya maka diterangkan mengikut kefahaman kaumnya zaman berzaman sehingga Rasul bongsu kita Saidina Muhammad saw..bilamana wafatnya baginda maka tugasnya telah selesai dan sempurnalah tujuan pengutusannya kealam ini untuk menyampaikan wahyu ILAHI ROBBI keserata alam..tugasnya disambung oleh mereka mereka yang mengikuti serta mencintai orang yang mencintai sehingga kini..


Al-Faqir Hamba




No comments:

Post a Comment