Wali ALLAH atau kalimah jamaknya aulia ALLAH, adalah satu lagi peringkat atau darjat ulama yang cukup masyhur. ALLAH SWT memperkenalkan para wali-Nya ini dengan berfirman:
Ketahuilah sesungguhnya para wali itu mereka tidak takut dan tidak berdukacita.
(Yunus: 62)
Wali ertinya pemimpin. Boleh juga diberi erti kekasih yang dilantik oleh ALLAH. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali ALLAH ini adalah seorang kekasih ALLAH yang dilantik oleh-Nya untuk menjadi pemimpin. Wali ALLAH adalah orang yang paling bersih, murni lahir dan batin dan orang-orang suci-Nya.
Sebelum ini, kita sudah huraikan tentang ulama Akhirat dan ulama mujaddid yang sebahagian dari mereka adalah pemimpin, manakala sebahagian lagi tidak memimpin. Sebenarnya kebanyakan pemimpin dari kalangan ulama Akhirat, ulama mujaddid dan ulama mazhab itu adalah bertaraf aulia ALLAH. Ertinya ulama wali ALLAH ini disebut juga ulama Akhirat atau ulama sufi, dan sebahagiannya terpilih untuk menjadi ulama mujaddid. Sebahagian mereka juga ada yang jadi mujtahid, asy syahid dan mujahid.
Merekalah ulama pewaris para nabi yang mana di waktu tidak ada nabi, merekalah yang mengambil alih kerja-kerja para nabi. Bahkan di zaman ini, kalau andainya nabi itu masih ada, aulia ALLAH itulah mungkin jadi nabi-nabinya. Tetapi kerana Nabi Muhammad itu adalah Nabi penutup, nabi paling akhir yang sesudahnya tidak ada nabi lagi, maka wali ALLAH tidak boleh disebut nabi walaupun akhlak serta tugas mereka sama seperti apa yang ada pada nabi-nabi.
Sebahagian wali ALLAH itu ada yang hatinya seperti hati Nabi Ibrahim a.s. Ada yang hatinya seperti hati Nabi Musa a.s. Ada yang hati mereka seperti hati Nabi Isa a.s. Dan seterusnya ada yang sama dengan hati nabi-nabi yang lain.Kecuali hati Rasulullah, tidak ada wali yang dapat mencapainya.
Maka fahamlah kita bahawa keistimewaan para wali itu ialah pada hati mereka. Hati yang bergetar dan gentar bila disebut nama ALLAH, kekasih agungnya. Hati yang sentiasa terkenang-kenangkan ALLAH walau di mana dan bagaimana mereka berada. Hati yang merasa ia sentiasa berada dalam penglihatan dan perhatian ALLAH SWT. Hati yang sentiasa bercakap-cakap dengan ALLAH dan mengembara di alam ghaib dan Alam Akhirat. Melihat-lihat keagungan ALLAH dan menambah yakin dan cinta pada-Nya. Hati yang sentiasa merasa hamba dan hina sepanjang masa.
Hati-hati beginilah yang tidak gembira dengan pujian dan tidak sedih dengan kejian kerana ia dapat melihat pujian dan kejian itu adalah ujian-ujian ALLAH padanya. Pujian di- pulangkannya pada ALLAH yang empunya nikmat itu.
Manakala kejian dianggap layak untuknya sebagai hamba yang maha daif lagi hina. Maka kedua-dua pujian dan kejian tidak mengubah rasa-rasa kehambaan dalam hatinya. Dengan hati yang dapat melihat ALLAH dalam segala tempat dan masa, para wali itu boleh tersenyum redha terhadap sebarang kesusahan yang ALLAH timpakan padanya. Dia bersabar dengan ALLAH kerana dirasanya penderitaan itu penuh kebaikan.
Keutamaan para wali bukan kerana ibadahnya yang banyak walaupun dia memang kuat beribadah. Iaitu bukan kerana banyak sembahyang, bukan kerana banyak puasa, banyak sedekah, zikir dan lain-lain lagi. Tetapi kerana hatinya yang sangat berlapang dada dengan ragam manusia, sangat berani mempertahankan hukum ALLAH dan sangat teguh dan tabah dalam menyebar dan mengembangkan perlaksanaan syariat ALLAH. Hati yang pemaaf, baik sangka sesama manusia, kasih sayang sesama manusia, tawakkalnya kuat dan redhanya luar biasa. Hatinya bersih daripada sifat-sifat mazmumah, dan dia sentiasa memberi nasihat kepada kaum Muslimin. Masing-masing peringkat wali itu adalahkerana wajah-wajah hati yang begitu indah, luar biasa, yang tidak ada pada ulama dan manusia awam lainnya.
Ada macam-macam jenis atau peringkat wali yang dilantik oleh ALLAH dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya ALLAH jua yang mengetahuinya. Nama-nama mereka ialah:
Ada macam-macam jenis atau peringkat wali yang dilantik oleh ALLAH dengan syarat-syarat perlantikan yang hanya ALLAH jua yang mengetahuinya. Nama-nama mereka ialah:
- Ghaus (Kutubul Aqthab)
Ghaus ialah gelaran kepada ketua wali di sesuatu zaman. Ketua wali disebut juga Sultanul Aulia. Ghaus cuma ada seorang untuk satu zaman. - Wali Kutub
Jamak bagi Wali Kutub ini dipanggil Aktab. Bilangan mereka di setiap zaman ialah empat orang. - Wali Najib
Najib gelaran untuk seorang. Kalau ramai Najib disebut Nujabak. Bilangan mereka untuk sezaman 300 orang. - Wali Watad
Jamaknya Autad. Bilangan untuk satu zaman ialah empat orang. - Wali Badal
Jamak untuk Wali Badal ialah Abdal. Bilangan mereka 40 hingga 60 orang untuk sezaman. Ada qaul mengatakan 30 orang, 14 orang dan ada mengatakan hanya tujuh orang sahaja. - Wali Naqib
Panggilan untuk ramai Wali Naqib ialah Nuqabak. Bilangan untuk sezaman ialah seramai 40 orang.
Kebanyakan wali ini terdapat di Syria, Iraq dan Mesir. Tetapi ada juga di negara-negara lain di seluruh dunia dengan bilangan yang sedikit. Jumlah para wali di setiap zaman ialah 500 orang. Kalau meninggal seorang, dilantik pula yang baru untuk menggantikannya. ALLAH SWT sendiri yang melantik orang-orang-Nya. Ini dengan tujuan utamanya untuk memimpin manusia. Yakni sepertimana yang dibuat oleh para rasul alaihimussolatu wassalam.
Bahkan para mujaddid itu kesemuanya adalah aulia ALLAH. Di sini hanya disebutkan bentuk kepimpinan lahir dan kepimpinan batin yang ditugaskan oleh ALLAH kepada wali-wali-Nya. Ada wali memimpin lahir yakni menjadi pemimpin umat. Membawa manusia menyembah ALLAH. Sebahagiannya pula memerintah negara dan dunia. Di antara ulama-ulama
wali ALLAH itu ialah:
wali ALLAH itu ialah:
- Sahabat-Sahabat terutamanya Khulafa'ur Rasyidin.
- Imam-Imam Mazhab terutamanya Imam Mazhab yang empat.
- Para mujaddid terutamanya Sayidina Umar Abdul Aziz dan Imamul Mahdi.
- Para perawi Hadis seperti Imam Bukhari dan Imam Muslim.
- Pengasas-pengasas tareqat.
- Ulama besar sufi terutamanya Imam Hassan Al Basri, Syeikh Junaid Al Baghdadi, Syeikh Abu Yazid Bustami, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, Imam Al Ghazali, Syeikh Abu Hassan Syazali, Imam Sayuti, Imam Nawawi dan Syeikh Ramli.
- Di kalangan wanita di antaranya Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah. Kalau isteri-isteri Rasulullah dan puterinya Siti Fatimah, itu sudah sedia maklum.
Mereka mengajar, mendidik dan memimpin manusia untuk hidup sebagai hamba ALLAH dan khalifah-Nya di muka bumi ini. Mereka jadi ikutan anak murid dan pengikut untuk sama-sama menegakkan syariat ALLAH. Bahkan pengaruh mereka menjalar ke merata dunia hingga nama mereka masih jadi sebutan manusia di zaman ini.
Hal ini terjadi kerana para aulia ALLAH ini, mereka memimpin hati manusia. Mereka mengutamakan pembangunan rohaniah dan insaniah manusia sebagai asas .pembangunan tamadun Islam seluruhnya. Sedangkan pemimpin-pemimpin dunia hanya mengutamakan pembangunan material atau kebendaan.
Memimpin hati atau roh manusia boleh dibuat dengan cara lahiriah dan cara rohaniah. Cara lahir ialah dengan memberi ilmu pengetahuan teori tentang langkah-langkah membaiki dan membersihkan hati. Hingga tahulah manusia tentang sifat hati yang mesti dimiliki dan sifat yang mesti dibuang. Tahu juga bagaimana kaedah melakukan kedua-duanya.
Tetapi kepimpinan lahir ini tidak mampu untuk benar-benar mengubah hati manusia. Sebab hati itu dikerumuni oleh nafsu dan syaitan, yang secara halus (batiniah) setiap detik
membisikkan kejahatan kepada hati manusia itu. Musuh batin yang bekerja keras ini tidak akan tumpas kalau hanya ditolak oleh ilmu akal atau kekuatan hati manusia itu sahaja. Ia mesti
dibantu secara rohaniah juga oleh makhluk-makhluk suci.
membisikkan kejahatan kepada hati manusia itu. Musuh batin yang bekerja keras ini tidak akan tumpas kalau hanya ditolak oleh ilmu akal atau kekuatan hati manusia itu sahaja. Ia mesti
dibantu secara rohaniah juga oleh makhluk-makhluk suci.
ALLAH SWT dengan rahmat-Nya telah melantik para malaikat dan wali-wali-Nya untuk melakukan kerja-kerja ini. Iaitu kerja membisik-bisikkan kebaikan pada hati manusia secara rohaniah untuk menentang bisikan-bisikan musuh batin tadi. Kebenaran ini dapat dilihat pada pengalaman kita sendiri. Yakni kita seringkali merasai bisikan jahat dan bisikan baik dalam hati kita. Yang bisikan-bisikan itu bukan dari fikiran kita. Bisikan yang jahat dibuat oleh nafsu dan syaitan. Bisikan yang baik dibuat oleh malaikat dan wali ALLAH dengan izin-Nya. Firman ALLAH:
Kami mengilhamkan pada jiwa itu dua jalan; jalan jahat dan jalan taqwa.
(Asy Syams: 8)
Bagi orang yang telah memilih kejahatan, yang tinggal dalam hatinya adalah bisikan jahat. Manakala orang yang telah memilih kebaikan, yang kuat dibisikkan padanya ialah kebaikan.
Aulia ALLAH secara umum boleh melakukan kepimpinan rohaniah ini. Yakni rohnya yang suci itu dapat berhubung dengan roh-roh anak-anak muridnya untuk dinasihati, dikawal, ditegur, dididik dan dipimpin, agar hati anak murid itu menjadi hati yang baik. Hati yang dapat mencetuskan kebaikan dalam sikap hidup lahirnya.
Hubungan hati antara guru dengan murid atau hubungan roh guru dengan roh murid di alam roh, boleh diibaratkan hubungan elektrik antara pusat janakuasa elektrik dengan alat-alat elektrik seperti lampu dan kipas. Bila terhubung keduanya walaupun jarak antara keduanya berjauhan, menyalalah lampu dan berpusinglah kipas itu. Tetapi bila diputuskan suis janakuasa tersebut, serta merta matilah lampu dan kipas itu. Demikianlah apabila berhubungan hati antara guru dan muridnya itu secara rohaniah, murid akan mendapat pimpinan dan kawalan dari kejahatan nafsu dan syaitan.
Tegasnya, murid dapat berkat dengan izin ALLAH SWT. Tetapi apabila terputus hubungan, murid akan dikuasai sepenuhnya oleh nafsu dan syaitan. Berkat gurunya tidak ada lagi. Sebab itu kita tengok murid-murid yang derhaka dengan guru atau gurunya sudah murka padanya, berkatnya sudah tidak ada lagi. Bahkan hidupnya jadi hamba nafsu dan syaitan. Lebih dahsyat lagi dari orang-orang yang tidak pernah berguru. Atau sekurang-kurangnya sudah jauh merosot iman dan syariatnya dibandingkan dengan sebelumnya.
Pimpinan rohaniah ini diizinkan oleh ALLAH kepada semua wali-Nya. Sama ada wali itu boleh memimpin secara lahir atau tidak. Ertinya, wali-wali yang tidak dikenali orang pun, boleh buat kerja ini. Yakni rohnya yang suci bekerja di alam ghaib untuk buat kerja suci sama ada dia sedar atau tidak. Ada wali yang diberitahu oleh ALLAH tentang kerjanya itu. Ada juga wali yang rohnya melakukan kerja itu di luar sedar atau di luar pengetahuannya. Sebab wali-wali itu ada yang tahu dia itu wali ALLAH, ada pula wali yang tidak tahu dia adalah wali. Mereka yang tahu dirinya telah diangkat oleh ALLAH jadi wali, ada kemungkinan mendapat tahu melalui ilham yang ALLAH berikan padanya. Atau kerana diberitahu oleh wali ALLAH yang lain kepadanya.
Ada wali yang manusia tahu dia adalah wali. Tetapi ada juga yang manusia tidak tahu, bahkan dia dianggap orang gila. Misalnya Uwais Al Qarni yang hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah. Kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah sendiri kepada Sayidina Omar r.a. dan Sayidina Ali k.w. Wali-wali yang tersembunyi ini, nampaknya tidak ada keistimewaan apa-apa. Tetapi sebenarnya ia adalah manusia yang sangat penting pada dunia. Sebab-sebab saya berkata begini adalah:
- Doanya sangat kabul. Yakni permintaannya ALLAH tunaikan. Rintihannya ALLAH beri perhatian.
- Walaupun tidak memimpin dan tidak terkenal, namun sikap hidupnya serta percakapannya menjadi ikutan dan tiruan orang-orang sekitarnya. Ertinya, adanya ia di satu tempat sudah cukup untuk mengubah manusia.
- Bahkan kerana ada lagi orang-orang seperti mereka di muka bumi ini, maka ALLAH masih menurunkan hujan, memberi rezeki dan memberi bantuan kepada manusia terhadap musuhnya. Juga ALLAH pindahkan atau alihkan azab dan bencana tenggelam atau karamnya bumi ini. Sekurang-kurangnya azab itu dibuat bertahap-tahap, berperingkat-peringkat hingga berpeluang lagi manusia menyelamatkan diri dan bertaubat. Sedangkan kalau azab itu diturunkan sekaligus secara menyeluruh, habislah manusia ini.
- Ada juga Hadis yang mengatakan, kerana mereka inilah dunia belum diqiamatkan.
Untuk mudah diyakini kenyataan-kenyataan di atas, mari kita membuat satu tamsilan tentangnya. Katalah ada satu keluarga besar yang terdiri dari ibu dan ayah serta anak-anak dan cucu-cucu. Mereka berhimpun dalam sebuah rumah. Anak-anak dan cucu-cucunya sangat derhaka kecuali seorang saja. Yang seorang ini katalah baiknya luar biasa. Sangat taat dan pandai sekali mengambil hati ibu ayahnya. Hinggakan ayahnya sangat kasih padanya. Padahal dengan anak-anaknya yang lain dia sudah marah betul.
Dalam keadaan tersebut, katalah si anak yang dikasihi meminta ayah dan ibunya memaafkan saudara-saudaranya itu. Tergamakkah ayah menolak permintaan buah hatinya itu?
Tidakkah mungkin kerana anak yang seorang itu, si ayah akan berlembut hati dengan anak-anaknya yang lain?
Tidakkah mungkin kerana anak yang seorang itu, si ayah akan berlembut hati dengan anak-anaknya yang lain?
Adapun sebabnya mengapa para wali ini dapat melakukan segala hal yang disebutkan di atas itu, kerana mereka ini mendapat kumiaan yang luar biasa dari ALLAH. Yakni karamah dan ilmu-ilmu laduni seperti ilham, kasyaf, firasat, rasa hati serta dapat yukazah wu rrzusyufahah (bertemu dan berbual-bual) dengan Rasulullah dan rijalulghaib. Maknanya, mereka mendapat bantuan ghaib dari ALLAH, hasil taqwa mereka yang tinggi. Dengan pertolongan ghaib inilah, maka para wali berjaya dalam tugasnya dan menang terhadap musuhnya. Bukan dengan kuasa mereka, tetapi dengan kuasa ALLAH yang membantu mereka secara ghaib.
Karamah yang diperolehi ada dua bentuk iaitu karamah lahiriah dan karamah maknawiah. (Perkara-perkara yang saya sebutkan ini, mungkin akan jadi bahan ejekan oleh sesetengah ulama yang tidak mendalami bidang ini. Namun kerana ia satu kebenaran yang diakui sepanjang zaman [sudah tertulis dalam banyak kitab], maka saya bersedia mengambil risikonya.)
Berikut ialah antara Hadis-Hadis tentang ulama wali ALLAH
- Kata (Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib): Tidak! (tidak sebagaimana yang ditanya) aku dengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Wali Abdal berada di Syam, mereka seramai 40 orang, mereka ditugaskan Allah untuk menjaga hujan, menyelamatkan kamu dari musuh, dan dengan ini penduduk bumi terhindar dari bala bencana.
- Sesungguhnya Ali bin Abi Talib berkata: Wali Abdal dari Syam, Wali Nujaba' dari penduduk Mesir dan Wali Akhbar dari penduduk Iraq.
- Rasulullah SAW bersabda: Wali Abdal seramai 40 lelaki dan 40 perempuan, fafkala mati seorang lelaki Allah gantikan di tempatnya dengan lelaki lain. Begitu juga setiap kali mati seorang perempuan, Allah gantikan dengan perempuan lain di tempat itu. (Riwayat Dailami)
- Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Wali Budala' dari umatku tidak masuk Syurga dengan sebab sembahyang banyak, tidak juga dengan puasa mereka, tetapi mereka masuk Syurga dengan sebab tenangnya hati dan pemurahnya mereka. (Riwayat Adi)
- (Hadis-hadis di atas dipetik dari kitab Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam As Sayuti.)
No comments:
Post a Comment