Harus disedari bahawa kita dan majoriti umat kita bukanlah orang soleh, jauh sekali bertaraf muqarrobin.. Kita paling tinggi baru berada di peringkat iman ilmu. Kita baru setakat tahu tentang ALLAH, tidak lagi kenal ALLAH. Kita sedar ALLAH itu ada tetapi belum cinta pada-Nya. Akibatnya kita masih derhaka; banyak lagi suruhan-Nya yang kita ingkari, larangan-Nya yang kita langgar. Maka jadilah kita orang-orang yang berdosa. Dan kalau kita mati dalam keadaan begini, ada kemungkinan ALLAH masukkan ke Neraka dulu.
Terjemahan: Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa api Neraka. (At Tahrim: 6)
Faktor utama dan penting yang patut disediakan ialah kesedaran, kemahuan dan kesungguhan kita buat mencapainya. Tanpa faktor-faktor ini, syarahan dan ilmu sebanyak mana pun tidak akan mampu mengubah kita.
ALLAH memberi amaran tentang ini dengan firman-Nya:
Terjemahan: Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri (hati) mereka.(Ar Ra'du: 11)
Sikap kita hari ini kalau tidak diubah adalah membahayakan. Kita hanya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Wang, harta, pangkat dan seumpamanya, yang belum tentu kita perolehi, dan kalaupun dapat belum tentu pula ianya akan membahagiakan kita. Dan dalam kesibukan itu, kita sampai terlupa untuk mencari IMAN, sesuatu yang sudah pasti akan menyelamatkan kita di dunia dan di Akhirat.
Kenapa kita tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan iman? Apakah yang menghalang kita dari berbuat begitu? Apakah kerana kita kurang yakin bahawa dengan iman sahajalah kita dapat melepaskan diri dari kebencian ALLAH dan seksaan-Nya di Akhirat nanti? Ataukah kerana kita tidak begitu yakin tentang adanya Hari Pengadilan di Padang Mahsyar nanti? Kalau begitu, lebih dahsyatlah iman kita. Bukan lagi iman ilmu, tetapi iman orang kafir.
Firman ALLAH S.W.T:
Terjemahan: Dan sesungguhnya, jika kamu (Muhammad) tanyakan kepada mereka (orang kafir). siapakah yang mencipta langit dan bumi? Tentu mereka akan menjawab, "ALLAH." Katakanlah,"Segala puji bagi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Luqman: 25)
Firman ALLAH lagi:
Terjemahan: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Nescaya mereka akan menjawab, "Semuanya diciptakan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (AZ Zukhruf: 9)
Terjemahan: Katakanlah (kepada orang kafir),"Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi. Tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azab-Nya jika kamu mengetahui." Mereka akan menjawab"ALLAH." Katakanlah , "(kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu." (Al Mukminun: 88 & 89) .
Janganlah hendaknya kita biarkan fikiran kita ditipu selama-lamanya. Sedar dan yakinlah bahawa kian hari kita kian dekat pada Hari Qiamat sepertimana kian hari kita kian jauh dari dunia ini. Dan bagi sesiapa saja yang cerdik dan waras, dia akan sentiasa takut dan berdebar-debar menanti tibanya hari yang sangat dahsyat itu. Rasulullah telah memberitahu kita dalam sabda baginda
Terjemahan: Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI dan terlalu membuat persiapan untuknya.
Orang yang paling cerdik ialah orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk merebut sebanyak-banyak kebaikan yang terdaya, sementara ia masih diizinkan untuk terus hidup di atas dunia ini. Kelapangannya, kesihatannya, masanya, kekayaan dan hidupnya ini, dijadikan modal yang sebaik-baiknya untuk dia berusaha keras, menempah keuntungan hidup di Akhirat. Kalau begitu barulah sesuai dengan kehendak Rasulullah sepertimana sabda baginda:
Terjemahan: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, muda sebelum tua dan kaya sebelum papa. (Al Baihaqi)
Demi kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat, marilah kita korbankan segala nikmat yang ALLAH berikan untuk berbakti kepada-Nya, untuk nanti ALLAH gantikan pula dengan nikmat yang berganda-ganda lazatnya.
Dengan saranan itu, baru sekarang akan disenaraikan apa-apakah caranya untuk menambah dan meningkatkan keimanan kita. Sebenarnya, jalan-jalan untuk mendapatkan iman sangat banyak, iaitu setiap sesuatu yang diperintahkan oleh syariat.
Ada yang berbentuk fardhu 'ain, fardhu kifayah, sunat muakkad, sunat ghairi-muakkad dan semua perkara-perkara yang harus kalau dilakukan dengan memenuhi lima syarat yang telah disenaraikan sebelum ini. Rasulullah SAW meringkaskan huraian tentang bagaimana mendapatkan iman dengan sabda baginda:
Terjemahan: Iman itu lebih tujuh puluh cabangnya. Yang setinggi-tingginya ialah mengucapkan"Lailahaillallah" dan yang serendah-rendahnya ialah membuang bahaya di jalan. (Muslim.)
Maknanya, apa sahaja yang ALLAH perintahkan, tujuannya semata-mata untuk mendapatkan iman. Supaya difahami, biar diberikan beberapa contoh secara terperinci bagaimana iman itu boleh didapati. Di sini dibentangkan jalan-jalan yang boleh kita lalui.
1. MELAWAN HAWA NAFSU
ALLAH SWT telah berfirman:
Terjemahan: Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami, Kami tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang baik. (Al Ankabut: 69)
Dan dalam ayat yang lain:
Terjemahan: Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan kefasikan dan ketaqwaan). Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu. Dan sesungguhnya merugi (celaka) lah orang yang mengotorinya. (Asy Syams: 8 - 10)
Untuk mendapatkan iman, ALLAH memerintahkan kita melawan nafsu. Kerana nafsu yang bersarang di hati itu sentiasa mengajak kita supaya menderhakai ALLAH. Firman- Nya:
Terjemahan: Sesungguhnya nafsu (amarah) itu sangat menyuruh yang jahat. (Yusuf: 53)
Dalam usaha melawan nafsu itu kita dikehendaki menempuh tiga peringkat:
1.Takhalli (mengosongkan atau membuangkan atau menyucikan)
2.Tahalli (mengisi atau menghiasi)
3.Tajalli (terasa kebesaran dan kehebatan ALLAH).
i. Takhalli
Di peringkat takhalli kita mesti melawan dan membuang terus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah dan dilarang ALLAH. Selagi kita tidak mahu membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh dari diri kita, maka nafsu itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Bersabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau. (Al Baihaqi)
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk, bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh ALLAH dengan firman-Nya :
Terjemahan: Apakah tidak engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia disesatkan ALLAH. (Al Jaasiyah: 23)
Apabila nafsu dibiarkan menguasai hati, iman akan tidak ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah ALLAH, Tuhan yang sebenar-benarnya, tetapi menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:
Terjemahan: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar. Bila Sahabat-Sahabat bertanya, "Peperangan apakah itu?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Al Baihaqi)
Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya.
Untuk lebih jelas, biar disenaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia. Sepertimana iman itu sendiri berperingkat-peringkat. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya, hingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan pada perintah ALLAH.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu itu, saya senaraikan dari peringkat yang serendah-rendahnya iaitu:
1. Nafsu Amarah 2. Nafsu Lauwamah 3. Nafsu Mulhamah 4. Nafsu Mutmainnah 5. Nafsu Radhiah 6. Nafsu Mardhiah 7. Nafsu Kamilah
Kita yang beriman ilmu ini baru berada di taraf nafsu yang kedua iaitu nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga dia mhau tunduk sepenuhnya pada perintah ALLAH, iaitu paling minima nafsu mutmainnah yang ada pada seseorang yang memiliki iman ayan. Di peringkat itu sajalah kita akan dapat menyelamatkan diri dari siksa Neraka. Itu dinyatakan sendiri oleh ALLAH SWT dengan firman-Nya:
Ertinya: Hai jiwa yang tenang (nafsu muthmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr: 27 - 30)
Nafsu jahat dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan SIFAT MAZMUMAH.
Di antara sifat-sifat mazmumah adalah:
Suma'ah
Riya'
Ujub
Takabur
Sombong
Hasad dengki
Marah
Dendam
Bakhil (kikir)
Penakut
Cinta dunia
Gila pangkat
Gila harta
Banyak bicara
Banyak makan
Mengumpat
Sifat-sifat itu melekat di hati seperti daki melekat di badan. Kalau kita malas menggosok, akan bertambah tebal dan melekat kuat. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya maka akan bersihlah hati dan sucilah jiwa.
Bagaimanapun membuang sifat mazmumah dari hati tidaklah sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru yang mursyid yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya hingga ia tahu apakah kekurangan dan kelebihan murid itu.
Malangnya di AKHIR ZAMAN ini, kita ketiadaan atau kekurangan guru yang mursyid. Ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah, di akhir zaman hanya ada mubaligh, tetapi tiada guru yang mursyid.
Nasib kita hari ini umpama nasib anak ayam yang kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat, untuk membersihkan jiwanya, ia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya sendiri pula. Katakanlah ia sedar bahawa padanya ada sifat bakhil. Dan dia tahu pula bahawa ALLAH tidak suka pada seorang yang bakhil. Kerana itu ia berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu. Caranya ia akan cuba membiasakan dan membanyakkan derma, sedekah, hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian haknya kepada orang lain.
Dipetik beberapa ayat Quran dan Hadis untuk menunjukkan ALLAH dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat pemurah itu.
Terjemahan: Berimanlah kamu kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartamu memperolehi pahala yang besar. (Al Hadid: 7)
Terjemahan: Siapakah yang mahu meminjamkan kepada ALLAH pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak. (Al Hadid: 11)
Bersabda Rasulullah dengan maksudnya:
Membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad dalam jalan ALLAH dan seperti berpuasa siang hari dan beribadat di malam hari
Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta, tetapi orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit bakhil ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan dengan cara lain. Cara-cara ini, di samping mendidik akhlak mulia bagi semua orang, juga memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil di samping turut mendapat pahala sedekah.
ALLAH SWT berfirman:
Terjemahan: Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (Al Baqarah: 263)
Rasulullah SAW pernah memberikan garis-garis berikut dalam satu riwayat Hadisnya yang bermaksud:
1. Segala perbuatan yang baik itu sedekah. 2. Senyuman kepada saudaramu itu sedekah.
Aku khabarkan kepadamu, yang lebih tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan sedekah."Khabarkanlah," kata Sahabat-Sahabat."Mendamaikan dua golongan yang bergaduh itu, sedekah."
Dengan menggunakan panduan-panduan di atas, orang-orang yang menyedari ada padanya sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri untuk mengubatnya. Ada sahaja peluang untuk sedekah dan sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja. Paksalah hati untuk mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan kepada orang lain.
Di waktu-waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu itulah perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang disayangi itu segera dan banyak-banyak.
Latihan ini akan jadi lebih berkesan kalau kita sanggup mengeluarkan harta itu semasa kita sendiri kekurangan. Katakanlah kita didatangi oleh pemungut derma di waktu kita hanya ada RM5.00 di poket. Waktu itu, paksa hati supaya mengeluarkan separuh dari yang ada. Tentulah berat, tetapi keluarkan juga. Insya-Allah, kalau ini mahu dan sanggup kita buat. selalu, kita akan jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap terus dari hati kita.
Sifat takabur, sombong dan bermegah-megah adalah Mazmumah yang patut sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin bagi manusia. Hampir semua dari kita ada sifat sombong atau ego ini. Dan untuk membuangnya adalah susah sekali.
Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak akuilah bahawa kita juga turut bersalah. Bukankah ada pepatah kita menyatakan, "Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi."
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Dan hanya dengan minta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong takabur itu. Latihan yang lebih berkesan dari yang disebut di atas ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat.
Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, makan, minum dan tidur baring bersama mereka, hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan memberontak dan terseksa sekali. Timbul rasa malu, kesal, terhina dan seksa sekali, maklumlah dia merasakan orang lain semuanya mengejek dan merendah-rendahkannya. Biarkan. Bisikkan di hati, "Memang awak ini asal-nya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang. "
Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-ALLAH sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa kerana biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman ALLAH:
Terjemahan: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri. (Luqman: 18)
ALLAH berfirman lagi:
Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain (kerana) boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita yang (dihina) lebih baik dari wanita (yang menghina). (Al Hujurat: 11)
Janganlah kamu BERJALAN di muka bumi dengan sombong kerana kekuatan kamu tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kamu tentu tidak dapat menyamai bukit.
Satu lagi penyakit hati yang ingin dihuraikan ialah takut. Takut ialah penyakit jiwa yang perlu dibanteras. Kalau tidak ia akan sentiasa mengancam manusia, menyempit ruang hidup manusia, melemah dan terus menyekat kebebasan dan kemerdekaan manusia.
Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk, mengikut suasana yang dihadapi. Takut hantu, takut momok, takut harimau, takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan ALLAH.
Di antara rasa takut yang disenaraikan di atas ada rasa takut yang dilarang SYARIAT, ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati manusia dalam satu ketika. Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat pasti tiada. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruang hati maka takut yang dilarang hilanglah tempatnya.
Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang segala rasa takut yang dilarang untuk diganti dengan rasa takut yang disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa takutkan ALLAH, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan di dunia apalagi di Akhirat.
Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa ALLAH sahaja yang layak kita takuti, yang lain-lain hanyalah makhluk seperti kita dan tidak ada kuasa apa-apa.
Untuk lebih berkesan, cuba di tengah malam kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau tempat-tempat yang seram. Masya-ALLAH! Tentulah takut. Takut itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu yang ada bahawa tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan keizinan ALLAH. Isikan hati waktu itu dengan zikrullah. Sedar dan yakinkan bahawa ALLAH sentiasa bersama, ALLAH itu hampir dengan kita. ALLAH melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan, ALLAH Maha Mendengar dan mendengar apa yang kita katakan. ALLAH Maha Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita sekarang. ALLAH Penolong, Pembantu, Penyelamat dan Kasihan Belas pada hamba-Nya yang mahu mengikut jalan-Nya.
Terjemahan: Orang yang bermujahadah (berjihad untuk mencari keredhaan Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan Kami. Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar berserta orang yang berbuat baik. (Al Ankabut: 69)
Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar ALLAH merestui dan memudahkan perjalanan kita. Dan membuang rasa takut itu, diganti dengan ingatan dan keyakinan hanya pada-Nya.
Bagi orang-orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang, takut dihina, takut dibenci dan diketepikan, juga wajib bemujahadah. Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah agama dengan alasan takut tidak dapat kerja, maka gelaplah masa depan di samping takutkan sikap hidup yang konon ketinggalan zaman.
Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah agarna yang ditakuti itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan kita lawan, jangan layan. Tawakal dan berdoa pada ALLAH semoga usaha itu direstui dan semoga ALLAH bukakan jalan-jalan kemenangan pada kita di dunia dan Akhirat.
Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat bertambah, malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan ALLAH di dunia dan akhirat.
Sebenarnya apa yang ditakuti, baik hantu, mahupun kemiskinan atau penghinaan orang tadi pada hakikatnya tidak ada pun. Adakah hantu yang bertugas mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang bersekolah agama miskin dan hina? Renungilah dan hayatilah hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman ALLAH:
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong ALLAH, ALLAH akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Demi ALLAH yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahwa setiap usaha yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan dimuliakan. Seperkara yang harus kita sedar bahawa ALLAH yang Maha Pemurah dan Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja dari hamba-Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan hawa nafsu, maka ALLAH sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk berbuat begitu.
Mehnah atau ujian dari ALLAH yang selalu menimpa kita seperti miskin, sakit, kematian, kesedihan, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan bodoh, kata nista dan hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan dan penderitaan, adalah peluang yang ALLAH berikan untuk kita bermujahadah. Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang ALLAH datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW:
Terjemahan: Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi) kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya maka diuji mengikut agamanya.
Apabila jiwa dihimpit kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Siapa saja, Islam atau kafir selagi hamba ALLAH, pasti merasakan ini. Bagi orang-orang yang beriman, sedar pula maksud ALLAH berbuat begitu setiap kali ditimpa ujian ia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu dari dua:
Penghapusan dosa atau Kasih sayang ALLAH dan pangkat darjat di Syurga.
Apabila itu diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Katalah kita miskin, maka pujuklah hati untuk tidak rasa apa-apa dengan kemiskinan. Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak tamak, tidak payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan dikurangkan dan Syurga dipercepatkan.
Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian ALLAH itu dengan redha, tanpa kesal dan buruk sangka dengan ALLAH. Yakinlah bahawa ALLAH cukup tahu kenapa kita perlu miskin, sebab itu Dia berbuat demikian. Dan kita pula cukup lemah untuk mengetahui hakikatya apalagi untuk menangkisnya.
Umpama baju kita yang tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok, kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadang-kadang dibuang. Maka begitulah kita, kerana jahilnya kita tentang rahsia diri dan hati sendiri. amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan ALLAH kepada kita. Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati. Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit-ungkit, tidak mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan ALLAH. Kalau sifat ini dapat dikekalkan, insya Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah besar. Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan ALLAH, bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan di Akhirat yang amat sangat.
Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa orang-orang muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan kekurangan daripada kecukupan. Sebagai bukti cuba kita lihat doa Rasulullah SAW:
Terjemahan: Wahai Tuhan, hidupkan aku dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang- orang miskin. (Riwayat At Tarmizi)
Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika ia hanya ada sebiji kurma untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan, terus diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang perempuan di zaman Rasulullah, yang punya tiga anak lelaki, sanggup melepaskan semua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang. Tetapi menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. Bila ditanya kenapa dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab,
"Aku sedih kerana tiada lagi anak yang boleh ku korbankan untuk jihad fisabilillah."
Cuba bandingkan kemampuan manusia-manusia dalam bukti di atas dengan kemampuan kita. Kemudian carilah faktor penting yang menjadikan perbezaan itu. Apabila disedari bahawa imanlah puncanya maka tiada jalan lainlah untuk kita sampai setinggi mereka selain banyakkan latihan mujahadah dalam segala peluang-peluang yang Allah sediakan. Mujahadah melenyapkan segala mazmumah yang berbagai-bagai.
ii. Tahalli
Tahalli bererti menghias. Yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Supaya mudah difahami, cuba gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk. Selama ini mangkuk itu berisi sifat-sifat mazmumah setelah kita mujahadah maka sifat itu keluar, meninggalkan mangkuk kosong. Waktu itulah kita masukkan ke dalam mangkuk itu sifat mahmudah. Di antara sifat mahmudah yang patut menghiasi hati kita ialah:
Jujur
Ikhlas
Tawadhuk
Amanah
Taubat
Sangka baik
Takutkan Allah
Pemaaf
Pemurah
Syukur
Zuhud
Tolak ansur
Redha
Sabar
Rajin
Berani
Lapang dada
Lemah lembut
Kasih sesama mukmin
Selalu ingatkan mati
Tawakal
Untuk mengisi hati dengan sifat mahmudah kita perlu sekali lagi mujahadah. Ditegaskan sekali lagi bahawa dalam peringkat mujahadah kita masih terasa berat dan susah. Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenar. Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, lama-kelamaan bila ia sebati dengan hati, akan terasalah lazatnya.
Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Misalnya kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita suka dan sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu terasa berat dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan pahala sedekah. Sayidatina Aisyah r.ha di waktu tiada apa-apa untuk dimakan, beliau cuba juga mendapatkan hanya sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu inginnya mereka pada pahala dan rindunya pada Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan ALLAH SWT:
Terjemahan: Siapakah yang mahu meminjamkan kepada ALLAH pinjaman yag baik, maka ALLAH akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak. (Al Hadid: 11)
Setiap kali kita rasa sayang pada harta kita, setiap kali itu pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah.
Begitu juga dengan sifat-sifat lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk dan semua sifat mahmudah yang lain perlulah kita miliki dan untuk itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang, sebab iman itu berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.
iii. Tajalli
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli, kita memperolehi tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan apa itu tajalli yang sebenamya. Ini adalah kerana ia adalah sejenis perasaan yang hanya, mungkin dimengertikan oleh orang-orang yang merasainya. Sepertilah kemanisan gula sahaja tidak akan dapat digambarkan secara tepat. Tajalli secara ringkas ialah perasaan lapang, tenang dan bahagia. Hati seakan-akan celik, ,hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada ALLAH. Harapan dan pergantungan tidak pada lain lagi selain dari ALLAH. Seluruh amal bakti adalah kerana dan untuk ALLAH semata-mata. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia, tidak ada pun kesusahan dalam hidupnya, sebab semua itu dirasa pemberian dari kekasihnya, ALLAH SWT. Kalau begitu, bagi orang-orang yang ber- iman, dunia ini sudah terasa bagai Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati.
2. SEMBAHYANG SUNAT
Jalan yang kedua ialah dengan kita melakukan sembahyang sunat. Perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa menunaikan sembahyang-sembahyang sunat ialah khusyuk. Ini adalah berpandukan apa yang diingatkan oleh baginda Rasulullah kepada Abu Zar:
Ya Abu Zar, dua rakaat sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk itu lebih baik dari sembahyang sepanjang malam tetapi dengan hati yang lalai.
Sembahyang yang khusyuk bolehlah diertikan sembahyang yang sempuma lahir dan batin. Ketika jasad menghadap ALLAH, hati juga menghadap ALLAH. Ketika jasad tunduk menyembah Allah, hati juga tunduk menyembah ALLAH. Ketika mulut menyebut (Allahu Akbar), hati juga mengaku Allah Maha Besar. Ketika jasad sujud menghina diri hati juga menyungkur menghina diri. Dan ketika mulut memuji, mengagung dan berdoa pada ALLAH, hati juga memuja, merintih dan karam dalam penyerahan pada ALLAH.
Telah bertanya Jibril kepada Nabi SAW:
Terjemahan: "Khabarkan kepadaku apa itu ihsan?" Dijawab baginda, "Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika tidak, yakinlah bahawa la melihat engkau."(Riwayat Muslim)
Kalaulah dapat dihayati sembahyang itu, sebagaimana yang dianjurkan di atas, semua kesannya akan cukup besar pada jiwa manusia. Iman akan bertambah di samping bertambahnya rasa tawakal, syukur, redha, sabar, dan lain-lain sifat mahmudah. Cukuplah sedikit rakaatnya asalkan khusyuk dari banyak tetapi lalai. Sebab perkara yang menjadi matlamat ibadah ini ialah lahirnya iman dan akhlak manusia. Kalau banyak pun rakaatnya tetapi dikerjakan dengan hati yang lalai, maka bukan sahaja iman dan akhlak tidak bertambah malah ia menjadi sia-sia. Mungkin pahalanya ALLAH berikan juga tetapi banggakah kita kalau perniagaan yang kita buat hanya mengembalikan modal, langsung tidak untung? Sembahyang yang lalai tidak akan menambahkan iman dan menguatkan jiwa sebaliknya akan meletihkan badan sahaja. Di Padang Mahsyar nanti, ALLAH akan memanggil manusia yang sembahyang untuk diperiksa sembahyangnya. Waktu itu sembahyang akan dikategorikan pada lima peringkat:
Sembahyang orang jahil
Sembahyang orang lalai
Sembahyang orang yang separuh lalai separuh khusuk
Sembahyang orang khusyuk
Sembahyang nabi-nabi dan rasul.
Sembahyang orang jahil ialah sembahyang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang sembahyang. Dia tidak tahu rukun dan sunat dan dibuat tanpa peraturan yang telah ditetapkan syariat.' Kerana itu awal-awal lagi ia ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar.
Sembahyang orang lalai ialah sembahyang yang sempurna lahimya tetapi hatinya tidak hadir langsung dalam sembahyang. Bermacam-macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan duduk dalam sembahyangnya itu. Dari awal hingga akhir sembahyang sedikit pun tidak mengingatkan Allah. Sembahyang jenis ini akan diganjar dengan dosa, bukan pahala.
ALLAH berfirman:
Terjemahan: Neraka Wail bagi orang yang sembahyang. Yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya. (Al Maa'un: 4 & 5)
Sembahyang yang ketiga ialah sembahyang di dalamnya berlaku tarik-menarik dengan syaitan. Maknanya orang itu sentiasa berjaga, bila syaitan mula melalaikannya dari ALLAH, cepat-cepat dikembalikan ingatannya pada ALLAH. Begitulah berlakunya hingga akhir sembahyang. Ada waktu lalai, ada waktu khusyuk. Sembahyang ini tidak berdosa tetapi tidak juga berpahala. Cuma orang ini dimaafkan.
Sembahyang orang yang khusyuk ialah-sembahyang orang yang sepanjang sembahyangnya itu penuh ingatan pada ALLAH dan pada apa yang dibacanya dalam sembah- yang. Orang ini dapat merasakan yang dia sedang mengha-dap ALLAH, maka perhatiannya hanya pada ALLAH, memohon ampun pada ALLAH, berdoa pada ALLAH, menghina diri pada ALLAH dan mengagungkan ALLAH. Sembahyang beginilah yang akan menghapus dosa, membaharui ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati pada ALLAH, meningkatkan taqwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Itulah keuntungan di dunia dan di Akhirat ALLAH anugerahkan pahala dan Syurga yang penuh kenikmatan.
Sembahyang yang kelima ialah peringkat tertinggi iaitu sembahyang para nabi dan rasul. Mereka ini luar biasa khusyuknya. Mereka benar-benar nampak ALLAH dengan mata hati, sebab itu sembahyang mereka seakan-akan berbu- al-bual dengan ALLAH. Sebab itu mereka tidak pemah jemu. Bagaimana indahnya perasaan hati orang yang bertemu ke- kasihnya, begitulah indahnya perasaan mereka ini dalam sembahyang. Salah satu perkara yang disukai Rasulullah; "Sembahyang penyejuk mataku," sepertimana sabda bagin- da. Syurga yang akan Allah anugerahkan kepada mereka ialah Syurga tertinggi yang tidak tercapai oleh, orang-orang awam seperti kita.
Jadi, tugas kita sekarang ialah memperbaiki sembahyang di samping membanyakkannya. Untuk itu kita sekali lagi mesti bermujahadah. Dan hanya dengan mujahadahlah kita mungkin dapat mempertingkatkan iman dan membanyakkan amalan soleh. Dan hanya dengan iman dan amalan soleh sahajalah kita dapat membina dan mencantikkan rumah kita di Akhirat nanti.
Amalan-amalan lain yang setaraf dengan sembahyang sunat ialah zikrullah, baca Quran, berdoa, bermuzakarah, bertahlil dart seumpamanya. Semua ibadah-ibadah ini kalau dikerjakan dengan betul akan meresap ke hati dan menghasilkan iman, ketenangan serta kebahagiaan di hati.
Firman ALLAH:
Terjemahan: Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang. (Ar Ra'd: 28)
Syaratnya mestilah ibadah itu dilakukan dengan beradab, difahami dan dihayati maksudnya. Misalnya kita menyebut: (Subhanallah), mestilah diberitahu hati bahawa Maha Suci Allah dari kekurangan yang disifatkan pada-Nya. Bila menyebut: (Alhamdulillah), resapkan- lah di hati bahawa segala puji bagi ALLAH, segala kebaikan, segala nikmat dan rahmat yang memenuhi langit dan bumi adalah kepunyaan ALLAH. Kenangkan segala pemberian ALLAH pada kita semasa kita menyebut pujian itu supaya terasa hubungan kita dengan Allah itu. Begitu juga ketika menyebut: (Allahu Akbar), sedarkan hati bahawa Allah Maha Besar, Maha Pencipta, Maha Perkasa, dan Maha Pentadbir seluruh langit dan bumi. Rasailah betapa kerdilnya kita di bawah pemerhatian ALLAH yang hebat itu.
Al Quran adalah kitabullah. Diturunkan khusus untuk kita manusia. Membacanya adalah ibadah, memahaminya adalah ubat, mengikutinya adalah petunjuk dan menghayatinya adalah iman dan taqwa. Rugi besarlah orang yang menganggap remeh dan ringan dengan Al Quran. Bertanya ALLAH SWT dengan firman-Nya:
Terjemahan: Sesungguhnya Al Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. (Yang terdapat) pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Quran ini? Kamu (menggantikan) rezeki (Allah) dengan mendustakan Allah. (Al Waqiah: 77-82)
Umat Islam kini memang begitu, menyamatarafkan kitab mulia ini dengan buku ciptaan manusia. Sewaktu-waktu Al Quran dipermainkan untuk suka-suka dengan tujuan duniawi semata-mata. Alangkah sedihnya. Kembalilah wahai manusia, sama-sama kita junjung pusaka mulia, warisan yang betul-betul diuntukkan pada kita. Kita agungkan seagung-agungnya, untuk kita perjuangkan sesungguh-sungguhnya. Barulah padan dengan kemuliaan dan kehebatan yang ada padanya.
Di antara adab-adab yang perlu dilakukan ketika kita membaca kitab mulia ini ialah:
Wudhuk
Tempat duduk adalah bersih dan suci seperti masjid dan lain-lain
Mengadap kiblat
Membaca taawudz sebelum memulakan bacaan
Bacaan dilakukan dengan tertib yakni dengan terang dan perlahan dan lambat-lambat
Memahami dan menghayati bacaan dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh ayat yang dibaca. Misalnya kita baca ayat tasbih, maka kita pun tasbih dan tahmid. Bila kita baca ayat doa dan istighfar kita pun berdoa dan meminta ampun. Bila baca ayat menceritakan azab Neraka kita pun meminta berlindung dari Neraka.. Bila baca ayat menceritakan nikmat Syurga kita pun berdoa. Bila baca ayat orang kafir mensyirikkan ALLAH, kita segera nafikan dengan ucapan: "Subhanarabbika rabbil 'izzati amma yasifuun" . Begitulah seterusnya. Ucapan-ucapan ini boleh di mulut atau di hati, yang penting kesungguhan dan keikhlasan kita mengucapkannya.
Bacaan dibuat dengan suara dan nada yang merdu dan sedap.
Jangan putuskan bacaan hanya kerana hendak makan atau berbual-bual. Hentikan ia di tempat-tempat yang telah ditentukan. Elok diakhiri dengan doa.
Sesungguhnya kalau kandungan Al Quran itu selalu ditatap selalu dengan kefahaman dan keimanan insya-Allah hati akan terdidik untuk tambah beriman dan bertaqwa.
Berdoa juga adalah ibadah. Juga sumber iman dan pergantungan kita pada ALLAH. Orang-orang yang tidak mahu berdoa sebenamya sombong dengan ALLAH. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mung- kin tercapai dengan pertolongan ALLAH? Kalau begitu berdoalah.
Adukan semua masalah pada ALLAH dan gantungkan harapan sepenuhnya pada ALLAH. Berdoalah di waktu-waktu dan di tempat yang "kabul doa" dengan hati yang penuh khusyuk dan mengharap serta yakin dan sabar, insya-Allah akan menjadilah ia sumber ketenangan dan kebahagiaan. Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satu- nya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri pada satu kuasa yang boleh menolongnya menyelesaikan masalah itu. Kerana itu Islam mengajar doa, sebab hanya Allah-lah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu Faedahnya doa ialah jiwa yang lemah menjadi kuat, hati yang susah jadi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang.
3. TAFAKUR
Kemudian kita lalui jalan tafakur. Bersabda Rasulullah
Terjemahan: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Anjuran berfikir bertujuan menyedarkan manusia tentang sifat wujud dan Maha Kuasanya Allah. Perkara-perkara yang boleh difikirkan ialah tentang din sendiri, ALLAH mulakan kejadian kita hanya dari setitik mani. Harga setitik mani adalah lebih rendah dari harga sebiji padi, kalaulah ALLAH tidak menanamkannya ke dalam rahim perempuan. Tidak juga akan berharga kalau tidak ALLAH memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim. Belum juga akan berharga sekiranya ALLAH tidak memudahkan jalan baginya keluar ke atas bumi, dan belum jugalah akan berharga kalau ALLAH tidak besarkan serta diberi akal fikiran.
Dengan akal yang ALLAH kumiakan, manusia jadi raja, menteri, pendekar, ahli fikir, profesor, juruteknik, doktor, jurutera, pensyarah, gum dan lain-lainnya yang menjadikan manusia itu pandai, kuat, kaya dan hidup lepas bebas. Dengan akal fikiran manusia telah dapat meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan memperkosa bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selamanya begitu. Kita tidak akan boleh semahu-mahunya dan tidak selamanya memperolehi apa yang kita kehendaki.
Kita mesti mati. Kenapa tidak dihalang mati itu? Tidak mungkin. Sepertilah tidak mungkinnya kita mendatangkan diri kita ke dunia pada mula-mula dulu.
Firman ALLAH di dalam Al Quran:
Terjemahan: ALLAH, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban, Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Perkasa. (Ar Rum: 54)
Sesudah mati, ALLAH berjanji untuk menghidupkan dan membangkitkan kita kembali di Hari Qiamat. Apakah alasan untuk kita percaya akan janji Allah itu? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya? Firman ALLAH:
Terjemahan: Tidaklah mencipta dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) itu melainkan hanyalah seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Luqman: 28)
Fikirkan pula nikmat-nikmat ALLAH yang kita gunakan di saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan dan semuanya yang sangat penting untuk keperluan hidup. ALLAH kurniakan tanpa menagih bayaran sesen pun dari kita. Walhal harga sepasang kaki palsu sahaja beribu-ribu ringgit. Gigi palsu juga mahal. Maka apatah lagi harga mata, telinga, lidah, hati dan akal yang ALLAH kumiakan, sesungguhnya tidak temilai. Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterima kasih pada ALLAH? Sudah- kah kita tunaikan suruhan-Nya? Sudah berhentikah kita dari membuat perkara-perkara yang dilarang-Nya? Cukupkah sudah bakti kita sebagai hamba, untuk membalas kepemura-han dan kasih sayang Allah, pemelihara kita itu?
Diceritakan bahawa telah meninggal seorang abid. ALLAH memanggil untuk diberitahu bahawa dia akan dimasukkan ke dalam Syurga, sebagai satu rahmat dan kepemurahan ALLAH padanya. Mendengar itu si abid merasa tidak puas hati kerana mendapat Syurga hanya melalui belas kasihan ALLAH, sedangkan di dunia dia begitu kuat beribadah. Si abid lalu memohon agar dimasukkan ke Syurga yang setimpal dengan amal ibadahnya yang banyak.
Maka ALLAH SWT memerintahkan malaikat menghitung dan menilai ibadah si abid. Bila selesai, Allah mengumum- kan bahawa ibadah-ibadah yang dibuat oleh si abid tidak pun cukup untuk membayar harga sebelah matanya, bagai- mana untuk mendapat Syurga. Si abid pun tersipu-sipu, lalu memohon agar berpeluang masuk ke Syurga.
Demikian satu contoh bagaimana nilai bakti kita ini masih belum sepadan dengan harga pemberian ALLAH pada kita. Malah kita setiap saat dari umur kita digunakan untuk menghambakan diri pada ALLAH pun, belumlah padan. Apa lagi kalau seseorang yang sombong, ingkar dan derhaka pada ALLAH. Sesuai sangatlah ALLAH lontarkan dalam api, terseksa selama-lamanya.
Lihat pula beras yang kita jadikan nasi untuk makanan harian kita. Dapatkah pokok itu tumbuh sendiri kalau Tuhan tidak menurunkan hujan, dan kalau tanah tidak direkahkan untuk dapat air dan tidak direkahkan supaya biji yang di daLam tanah itu dapat menembus naik untuk mendapatkan cahaya matahari? Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalus-halusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makan dan minum- nya? Manusia menanam, tetapi siapa yang menumbuhkan- nya?
Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, hati terus celik, nampak kewujudan, kepemurahan dan kekuasaan ALLAH SWT. Selanjutnya hati akan menyedarkan akal tentang perlunya ALLAH itu disembah. Hati selanjutnya akan menga- rahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah ALLAH dan berhenti dari mengerjakan larangan-larangan-Nya. Kalau tidak. begitu, patut sangat ditangis kerana butanya hati, yang sebenamya lebih parah dari buta mata.
Kemudian dongakkan muka ke langit. Lihat matahari yang naik dan turun, memberi panas dan menjadikan waktu bermusim-musim, bulan yang kecil dan besar, menjadikan malam kadang-kadang gelap, kadang-kadang terang, menja- dikan air laut pasang dan smut. Lihat bintang-bintang yang berkerdipan, menghiasi langit indah berseri-seri. Lihatlah semua itu. Sebutlah ALLAH. Resapkan di hati betapa kuasanya Ia. Pemurahnya Ia. Dengan itu mudah-mudahan akan lem- butlah hati untuk tunduk menyembah dan mengabdikan dir pada-Nya.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Siapa yang mendongak ke langit, melihat bulan dan bintang, kemudian terasa di hatinya betapa kuasa- nya ALLAH, maku sebanyak bilangan bintang-bintang itulah dosanya diampunkan.
Seseorang yang melihat alam, kemudian berfikir tentang ALLAH lalu terasa olehnya kehebatan ALLAH, hingga lembut hatinya terus mahu tunduk menyembah ALLAH dengan sedar dan khusyuk, itulah manusia yang sempuma. Dia sedar diri- nya sebagai barang ciptaan ALLAH dan mahu menyerahkan pemberian Allah itu kembali kepada-Nya. Berjayalah dia di dunia dan di Akhirat.
Di dalam Al Quran, ALLAH telah berulang-ulang kali menyuruh manusia berfikir, menggunakan akal yang diberi- kan untuk menyaksikan wujud dan perkasanya ALLAH. Firman-Nya:
Terjemahan: Tidakkah kamu perhatikan sesungguh-nya ALLAH telah menundukkan (untuk kepentingan- mu) apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia masih ada yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan. (Luqman: 20)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak (menguasai bumi). {Ar Rum: 20)
Terjemahan: Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia mencipatakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar Rum: 21)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah diciptakan langit dan bumi berlainan- lainan bahasamu dan warna kulitmu sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tan- da-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. (Ar Rum: 22)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar. (Ar Rum: 23)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan- Nya Dia memperlihatkan padamu kilat untuk (me- nimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menu- runkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguh- nya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tan&-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya. (Ar Rum: 24)
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradah-Nya. Kemudian apabila Dia niemanggilmu sekali panggil dari bumi, ketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur). (Ar Rum: 25)
Seperkara lagi yang patut difikirkan ialah tentang dosa. Berapa banyak dosa kita pada ALLAH dan sesama manusia? Selamatkah kita dari seksaan dan kemurkaan ALLAH di dunia dan juga di Akhirat? Mampukah kita berhadapan dengan Mungkar dan Nakir di dalam kubur nanti? Tahankah kita dengan bakaran api Neraka?
Fikirkan itu selalu, insya-ALLAH akan lembut hati.
Kemudian terapkan keyakinan yang sungguh-sungguh bahawa mati itu adalah benar, memasuki liang kubur itu adalah benar. Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar. Dihidupkan manusia kembali untuk diperiksa amalannya adalah benar. Melalui Siratul Mustaqim adalah benar, pembalasan seksa Neraka dan nikmat Syurga adalah benar belaka. Pasti berlaku tanpa syak dan ragu.
Sekiranya penerangan itu diulang buat setiap hari insya- Allah hati akan dimasuki iman yang waja, yang tidak mudah digoyangkan walau oleh "ribut taufan" yang dahsyat.
Perkara lain yang dibuat untuk mendapatkan iman ialah berpuasa sunat, berjuang dan berjihad, bersedekah, menziarahi orang sakit atau jenazah dan lain-lain lagi. Kalau amalan-amalan itu dilakukan mengikut adab dan tujuan yang dianjurkan syariat, semuanya dapat menambahkan iman.
Perlu pula diingatkan bahawa setiap dosa sama ada kecil apalagi besar adalah perosak dan peruntuh iman. Rasulullah SAW bersabda: Terjemahan: Bukanlah orang yang berzina ketika berzina itu seorang mukmin.
Ertinya .seorang yang sedang berzina itu, rosak dan hilanglah imannya. Maka bagi mereka yang betul-betul insaf memelihara dan meningkatkan imannya, janganlah melakukan dosa. Kalau terbuat, cepat-cepat istighfar, menyesal dan bertaubat.
Iman juga boleh BERKURANG sesudah naik atau boleh naik sesudah turun. Inilah sifat iman kebanyakan kita iaitu di peringkat iman ilmu. Sebab itu supaya tidak mengalami penurunan, iman mesti selalu dibaja dengan berbagai cara yang banyak dihuraikan sebelum ini. Sesiapa yang rajin selamatlah ia. Sebaliknya siapa yang cuai, akan terimalah akibatnya...
Al faqir hamba.
No comments:
Post a Comment